Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Surga Yang Tak Dirindukan ~ Kisah Poligami menyayat hati bakal muncul dengan sekuelnya tahun ini

Hello readers ..

Bila kita sebut tentang Surga ataupun syurga, mana mungkin kita tak rindu, kan. Kehidupan di syurga itu dikatakan segala-galanya sangat indah kerana itu ganjaran buat mereka yang ikhlas dan sabar. 

Surga yang dimaksudkan oleh Misz-ella adalah sebuah filem Indonesia yang diadaptasi dari novel karya Asma Nadia dengan tajuk yang sama. 


Filem Surga yang Tak Dirindukan telah ditayangkan di Indonesia pada 15 Julai 2015 dan mendominasi carta box office dengan 2 juta penonton dan merupakan filem terlaris di Indonesia pada tahun tersebut.

Surga yang Tak Dirindukan mengisahkan percintaan Prasetya (Pras) lakonan Fedi Nuril dan Citra Arini (Arini) lakonan Laudya Cynthia Bella sejak di universiti lagi. 


 Mereka kemudian berkahwin dan dikurniakan seorang puteri bernama Nadia. Pada Arini, inilah Surga nya. Pada Prasetya, ini lah cinta sejatinya dan lafaz janji pada ayahanda Arini untuk setia dan menjaga Arini hingga ke hujung nyawa dipegang erat. Tidak pernah terfikir di fikiran Pras untuk mengkhianati cinta mereka atau berpoligami.


Tetapi takdir Tuhan kita tak boleh lawan. Dalam perjalanan pulang ke rumah mertua, Pras yang memandu berseorangan telah membantu Meirose lakonan Raline Shah yang menemui kemalangan jalan raya. Atas dasar kemanusiaan, Pras membawa Meirose ke hospital. Meirose yang hamil 7 bulan dan bayinya berjaya diselamatkan oleh Doktor tetapi Meirose yang kecewa kerana ditinggalkan kekasih yang berjanji akan mengahwini beliau, bertekad membunuh diri.

Putus harapan dengan hidup yang tidak memihak kepada beliau dan tiada lagi kepercayaan pada lelaki ~ sebab utama Meirose mahu meninggalkan dunia ini dan buat kali ke dua, Pras menyelamatkan Meirose dari terjun dari bangunan hospital dengan sumpah Aku akan mengahwini mu, Meirose

Masa ni Misz-ella sedih dalam waktu yang sama kagum dan hormat pada keputusan Pras ~ mengahwini Meirose bukan kerana cinta tetapi kerana mahu menyelamatkannya, satu pengorbanan besar dan tidaklah mudah bagi seorang lelaki yang sudah beristeri. Mengislamkan Meirose dan menerima Akbar anak kepada Meirose sebagai anak sendiri adalah satu lagi pengorbanan yang bukan calang-calang orang boleh melakukannya.

Dalam dilema yang berpanjangan, selain dari kawan rapat, Pras hanya mengadu pada Allah SWT. Dia mahu beri yang terbaik .. demi cinta pada Arini yang baru kehilangan ayahanda tercintanya .. demi sumpah untuk menjaga Meirose dan membela nasib Akbar. Tekanan perasaan yang dialami Pras tersangat lah hebat sehingga kerja-kerja beliau turut terjejas. 

Luluh hati Arini bila beliau dapat tau yang suaminya telah berpoligami ~ Ini bukanlah Surga yang ku rindukan *sobs* dan bila emosi menguasai diri, sebarang penjelasan oleh Pras dan Meirose langsung Arini tidak endah tapi dalam hidup Arini, beliau tak berseorangan. Kasih sayang bondanya, nasihat serta kekuatan ibunya yang turut dimadukan Almarhum ayahandanya buat beliau buka minda dan mata. Sabar, ikhlas, redha dan fikirkan lah Nadia ~ itu pesanan Bonda Arini.


Dalam hidup, kita kena percaya yang tiap kejadian baik atau buruk datang dengan hikmahnya yang tersendiri. Saat Akbar jatuh sakit, hati Arini mula lembut dan saat Pras bertarung nyawa di hospital, baru lah Arini sedar betapa Pras masih cinta kan dia dan sedikit demi sedikit, Arini mula pasrah dan redha dengan ketentuan Allah SWT dan mula menerima Meirose dalam hidupnya.

Meirose yang mula jatuh cinta pada Pras ternyata kagum dengan cinta agung Pras dan Arini tetapi beliau tidak kuat untuk berbagi kasih dan akhirnya mengambil keputusan mengundur diri. Meirose membawa diri ke Jakarta meninggalkan Akbar untuk dijaga oleh Pras dan Arini walau dihalang oleh Pras dan Arini sendiri.


Filem Surga Yang Tak Dirindukan oleh A Manoj Punjabi Production ini sangat menyentuh perasaan hingga tak sedar airmata Misz-ella menitis. Isu poligami dalam filem ini dikupas dengan tertib lagi sopan. Pras berpoligami bukan kerana nafsu tapi kerana mahu menyelamatkan seorang wanita dan anaknya. Pras sendiri terseksa dengan keputusan nekad beliau tetapi beliau bertahan dan dengan izin Allah SWT, segala yang sukar akhirnya menjadi mudah tapi sayang, Meirose undur diri.

Tanpa lafaz cerai .. Meirose pergi begitu sahaja. Berita baiknya adalah filem Surga yang Tak Dirindukan ini bakal muncul dengan sekuelnya iaitu Surga Yang Tak Rindukan 2. Misz-ella sungguh teruja nak tau sambungannya ~ Bagaimanakah Akbar dibesarkan oleh Arini dan Pras? Bagaimana kehidupan Meirose selepas meninggalkan Akbar, Arini dan Pras? Adakah Meirose akan kembali?

Filem ini penuh dengan skrip-skrip indah dan manis serta turut disokong dengan garapan muzik dan lirik puitis yang dihasilkan oleh komposer terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed manakala lagu OST berjudul Surga Yang Tak Dirindukan dinyanyikan oleh Krisdayanti.

Antara bait-baik indah yang Misz-ella ingat 

"Mas pernah bilang wanita yang baik akan mendapat laki-laki yang baik. Aku ingin jadi wanita itu"


Surga Yang tak Dirindukan 2 akan menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 16hb Februari 2017. Dibawakan oleh Antenna Entertainments, usaha membawa filem ini ke Malaysia turut disokong oleh pihak Astro.

Selain dari itu, Astro juga akan membawakan Surga Yang tak Dirindukan ke kaca TV anda melalui Astro Ria *waktu siaran sila rujuk Faceook Astro Shaw* serta laman sosial Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini.

Pengguna laman sosial boleh gunakan tanda pagar #SYTD2  bagi menghebahkan lagi keterujaan filem ini.

Misz-ella dah teruja sangat-sangat. Kita tonton sama-sama, k.






0 comments: