Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, September 21, 2010

Aku baru lepas edit Surat Amaran kepada Subkontraktor. Baik punya 'warning' Boss aku bagi. Dah warning2 .. ujung2 dia cakap 'Sekian. Terima Kasih'

Hahaha ... Adat Melayu. Marah-marah pun sopan santun tetap dijaga. Subkontraktor tu dah kena 'warning' tahap gaban .. nak ke dia jawab 'Sama sama?' Dah tu memang format surat rasmi kita .. nak wat camna, kan. Hehe 

Pengajarannya .. Marahlah dgn berhemah. Jgn dgn emosi (mcm aku!! hehe ..)


You Might Also Like

5 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here