Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Akhirnya ayah pergi meninggalkan kami ..

Setelah 33 hari bertarung nyawa di Wad ICU dn CCU Hospital Taiping, akhirnya ayah mertuaku yang aku panggil ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 7.9.2010 bersamaan dgn 28 Ramadhan.

Ayah mula tenat menjelang Maghrib 6.9.2010. Degupan jantung ayah terhenti selama 15 minit sebelum berjaya dipulihkan oleh Dktor. Semua ahli keluarga dipanggil ke hospital bagi menziarah ayah buat kali terakhir. Kami tiba dari Kuala Lumpur tepat jam 11.30 mllm.

Keesokan harinya, tepat jam 9.21 pagi, ayah pergi meninggalkan kami dan pulang kpd penciptanya.  Kami redha melepaskan ayah pergi ... namun sehingga kini bayangan ayah masih kuat diingatanku, seolah-olah ayah masih bersama kami di rumah. Di kerusi malas tempat ayah sering beristirehat .. sedang berendoi di buaian yang diikat antara 2 pokok sawit ...  Tidak mungkin aku bisa mengusir kenangan bersama ayah sampai bila2 .. Hanya doa yang mampu aku titipkan buat ayah.  Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Demi Tuhan, selagi hayat dikandung badan, Ayah akan Kak Long kenang sampai bila-bila. Amin.


8 comments:

the bert said...

salam takziah kak..alfatihah wat arwah

luvmum said...

takziah..moga dirahmati..alfatihah

AiDa AzRyN said...

Takziah~ semoga rohnye dicucuri rahmat~

theblabber. said...

takziah kak.
alfatihah utk arwah

farsweethome farah,faris,farisa said...

Salam Takziah kak Chik .Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Amin..

kakrose@kakyon said...

samam takziah ella sekeluarga,
semuga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang solleh.

Princess Nur said...

saya baru baca entry ni..takziah k'chik..nampaknya x jauh jarak ayh kakchik ngan ayah saya..dia mninggal 8.10.10 lepas..:( sama2lah kita doakan mereka..

mellow said...

al fatihah