Cucur Bilis .. Ikan Sambal Kicap .. Ayam Goreng

Wednesday, July 25, 2012

Bulan puasa ni kan, kita sukaaaaa sangat makan Cucur Bilis ataupun kat rumah kita lebih dikenali dengan nama Cokodok. Kalau cokodok ni ada .. kueh lain sume kalah .. tak pandang dah. Semalam petang buat Cokodok Bilis versi paling simple. Cuma guna Tepung gandum, Ikan Bilis, Bawang Besar, Cili Masak, Air panas, Kunyit Serbuk, Garam dan Minyak je. Nak buat beria-ia bukan sempat pun .. masa cuma ada satu setengah jam *sampai rumah pukul 6 petang* macam-macam nak buat. So .. bersyukur je la dengan apa yang ada. Yang penting 'tummy' berisi dan hepi. Kannnn ..

Cucur Bilis Rangup yang dibancuh dengan 100% air panas. Dulu-dulu Mama kita ajar guna air panas separuh .. air biasa separuh. Pastu masa KY belajar kat ITM, dia belajar dengan roommate dia cara-cara buat Cokodok crispy ni. Boleh tambah kacang panjang hiris, carrot hiris dan segala macam daun yang korang suka. Kat rumah ni sayur-sayur tu tak yah la .. kang jenuh diaorang kuis .. Misz-Ella yang kena kutip sebab dalam rumah tu kan .. Misz-Ella sorang je yang suka sayur .. tapi mata tak gak ijo, kan. Hehehe.
Ikan Kerisi Sambal Kicap, Siew Pak Choy, Ayam Goreng dan Cokodok Bilis. Dalam banyak-banyak ni kan, Cokodok bilis 'juara'. Dia habis dulu .. Aiman makan banyak sampai tengok nasi dia tak da selera. Sedap kot Cokodok Mama buat eh? Hehehe. Hari ni kannn .. rasa macam malas sangat nak masak. Tapi  .. jangan!!! Jangan Malas!!! Malas itu negatif .. tak baik. Tak baik malas tau. So .. rasanyakan .. nak  masak  benda yang lebih simple untuk berbuka nanti. Jap-jap nak fikir. Apa eh? Owh Ok. Tak pe. Esok-esok kita cerita 'what happen' seterusnya. Jadi ke tak jadi masak ni?? Eh .. OK lah. Got to go. Sekian sahaja Entry Mengenang kelam kabut buat Cokodok Bilis pukul 7 petang tanggal 5 Ramadhan. Mekaseh baca ye. Bye.



You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail