Ikan Cili Padi Bersos Tiram & Sayur Masak Lemak

Thursday, July 19, 2012

Kalau tetiba minda 'jem' tatau nak masak apa .. mulut mula membebel sini sana. Akak .. nak masak apa eh esok? I blurr arr kak .. dalam peti es ada Ikan Kerisi je. Tolong bagi idea sikit.

Cuba hang buat Ikan Masak Sos Tiram. Pastu hang tumbuk cili padi masukkan dalam tu. Masak kering-kering .. biaq ikan tu elok bersalut jer. Haaaaa ??? Tak penah dengar pun kak. Lauk pe tu?

Ha kauuuu ... sampai kat Kakak Cool adinda meraih simpati. Dan seperti biasa .. Kakak Cool yang baik hati tak pernah mengecewakan Adinda yang sentiasa suka pada nya ini. Mekaceh kakak. AILEBIU LAH. Muahhhh.

Hang tumbuk cili padi dengan bawang putih dan sehiris halia. Pastu tumis. Pastu hang masukkan 3 sudu Sos Tiram. Buh air asam jawa sikit. Pastu hang rasa lah .. tambah la garam dan gula secukup rasa. Orite kak. Nanti ai cuba. Dah siap nanti ai bagitau you ye ~ Begitulah 'pok pek pok pek' kami di satu petang yang mana kami 'a bit free'.

Si Pedas dengan tak pedas memang serasi. Ngam kan dua-dua lauk ni bila digandingkan.

Masak Lemak Carrot, Kacang Panjang, Cendawan, Fucuk, Soohoon, Tahu dan Tempe. Hmmm .. dua lauk jer yang sempat dimasak. Orang lain makan penuh semeja kita makan banyak ni je ler .. tak pe. Yang penting, kenyang dan 'tummy' hepi. Hehe.

You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail