Masak Tengahari Terakhir Sebelum Puasa

Thursday, July 19, 2012

Rasanya ini Lauk makan tengahari yang terakhir kita masak sebelum puasa. Pasni masak untuk makan malam dan sahur je. No more masak untuk makan tengahari sebab esok dah start puasa, kan. Eh .. korang dah 'stock up' barang-barang dalam Peti Ais ke? Nanti nak masak senang. Tapi tak kesah .. tak masak pun tak pe sebab kedai jual makanan banyak .. macam-macam makanan ada. Tapi kannn .. kita lebih suka masak sendiri. Kueh je kita beli. Tu pun kalau ada masa kita buat jugak 'Cokodok Bilis'. Cokodok Bilis yang kita buat sendiri sedap tau. Cehhh ... sempat lagi Syok Sendiri kau ni Ella. Perasan!! Haha.

Ikan Gelama Masak Taucu ni memang feveret Si Aiman. Lajuuuuuu dia makan.

Haaaaa .. Sambal Kentang dan Ikan Bilis ni feveret Mama Aiman a.k.a Misz-Ella iaitu Puan punya Belog ini yang tersangatlah suka membebel sorang-sorang di sini. Tapi tak pe .. cakap sorang-sorang .. baca ramai-ramai, kannn. Hehe. OK .. kalau buat sambal kentang kan, kita suka potong 'wedges' .. baru la terasa kentang dia. Kalau hiris nipis-nipis kang rasa cam makan Mister Potato perisa sambal lak. Hehe. Eh OK lah. Memandangkan esok kita bakal berpuasa sulung .. kita nak cakap ... Awakkk .. Selamat Berpuasa eh. Jangan lupa bangun sahur tau. Malam ni jom la kita Solat Tarawikh berjemaah. Pastu nanti buka puasa jangan makan sampai kenyang sangat eh. Tak baik tau .. sian 'tummy'. Hehe. OK la ye. Got to go. Nanti-nanti kita sambung cerita lagi. Mekaseh baca ye. Bye.

You Might Also Like

22 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail