Hello readers,
Another sharing about health and beauty. Hari ni Misz-ella nak cerita tentang Pembersih Kewanitaan Dauh Sirih SUMBER AYU.
Hummmm .. tak dinafikan lah jadi perempuan bukan mudah. Banyak yang perlu kita jaga .. dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
OK Jom hari ni kita cerita tentang kebersihan kawasan intim, antara kawasan paling lembut dan sensitif dalam tubuh seorang wanita .. tempat paling misteri .. kan? Hehehe.
Sebagaimana sensitifnya tempat tersebut, begitu jugalah penjagaannya. Kawasan intim wanita harus dijaga dengan rapi dan sejajar dengan pertambahan usia serta faktor penuaan, kawasan intim pun tak terkecuali dari menghadapinya. Selain dari tu, rasanya antara masalah biasa dihadapi oleh kebanyakan wanita di kawasan intim adalah perubahan tona warna atau hiperpigmentasi.
Banyak faktor yang menyebabkan perubahan warna tersebut. Antara faktor-faktor yang paling umum adalah :
Kawasan intim, walau tidak kelihatan di mata orang lain, tapi jika timbul masalah tona warna tidak sekata atau hiperpigmentasi ini, sedikit sebanyak mesti buat kita rasa tak selesa dan menurunkan keyakinan atau hubungan keintiman, kan. Mesti ada rasa tak 'best' atau sedikit rendah diri bila berada di sisi pasangan, kan.
Banyak faktor yang menyebabkan perubahan warna tersebut. Antara faktor-faktor yang paling umum adalah :
Perpeluhan dan geseran berlebihan akibat pakaian ketat
Penuaan
Kekerapan mencukur kawasan intim
Malnutrisi
Hormon yang tidak seimbang
Infeksi
Obesiti
Penggunaan bedak talkum di kawasan intim
Kawasan intim, walau tidak kelihatan di mata orang lain, tapi jika timbul masalah tona warna tidak sekata atau hiperpigmentasi ini, sedikit sebanyak mesti buat kita rasa tak selesa dan menurunkan keyakinan atau hubungan keintiman, kan. Mesti ada rasa tak 'best' atau sedikit rendah diri bila berada di sisi pasangan, kan.
Berita baiknya ialah masalah itu sekarang boleh diatasi dengan SUMBER AYU ~ jenama terkemuka bagi pembersih khusus wanita. SUMBER AYU kini didatangkan dalam 2 variasi iaitu :-
SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening:-
Diperbuat dari Manjakani, Ekstrak Kayu Rapet, Sengkuang, Ekstrak Susu dan Dauh sirih yang membersih serta berupaya membantu melindungi kuit di daerah kewanitaan agar rasa lebih lembut, membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal di sekitar kawasan intim serta memutih, mencerah (terutama di daerah pangkal peha) dan meremajakan bahagian intim secara semula jadi seawal 7 hari.
Amboiii .. dengan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening ini, bahagian intim bukan sahaja lebih bersih malah ia akan kembali 'muda remaja' dan berseri .. tak lagi kusam dan tidak tua .. Ehemmm .. perempuan mana tak bangga, betul tak?
DAN
SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani
Diformulasi bersama bahan-bahan tradisional iaitu Kayu Rapet dan Manjakani yang terkenal sejak dari zaman nenek moyang kita lagi, ianya membantu menjaga daerah kewanitaan agar lebih lembut, membersihkan daerah kewanitaan dan membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal. Ianya diformulasi dengan pH 3.5 yang sesuai untuk keperluan daerah kewanitaan.
Kedua-dua produk adalah Halal, selamat dan berkesan dalam pemutihan serta didatangkan dalam pek 90ml dan 200ml pada harga RM5.90 ke RM10.90.
OK Misz-ella nak cerita bagaimana SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening ini membantu Misz-ella dalam gaya hidup sihat yang Misz-ella amalkan sejak dari dahulu lagi.
Pembaca blog setia Dari Jari-Jari Halusku ini mesti tau Misz-ella sangat mementingkan gaya hidup sihat, baik dari pemakanan mahupun senaman. Senaman beri kepuasan yang luar biasa pada Misz-ella .. buat Misz-ella rasa lebih cergas, lebih bertenaga malah lebih ceria *kerana ianya satu cara untuk de-stress* Bersenam melompat, berlari, menari 3-4 kali seminggu itu biasa. Kalau Misz-ella tak berpeluh itu luar biasa *hehe*
Cabaran nya ialah bagaimana Misz-ella nak kekalkan tahap kebersihan kawasan intim kalau dah selalu berpeluh kan? Dan bila berpeluh, kalau tak diatasi dengan betul, maka bakal 'kegatalan' lah kawasan intim dan risiko diserang bakteria adalah sangat tinggi. Dan Misz-ella sangat 'aware' tentang keperluan menjaga kebersihan kawasan intim.
Bila Misz-ella diberi peluang mencuba SUMBER AYU .. hati berkata .. mungkin inikah jawapannya?
Buihkan SUMBER AYU di telapak tangan dengan sedikit air. Basuhkan ke daerah kewanitaan, bilas hingga bersih. Baunya sangat wangi dan segar. Tak meninggalkan rasa 'berangin' di kawasan intim dan buihnya senang dibersihkan. Sangat lembut dan 'mesra' pada kawasan intim. Jangan lupa lap hingga kering kawasan intim selepas mencuci ye wahai wanita-wanita di luar sana. Ini kerana kawasan intim tak sepatutnya dibiarkan lembab ~ salah satu sebab kenapa kita perlu ada tisu tandas atau gunakan 'panty liner' setiap hari.
Sejujurnya, Misz-ella rasa lebih segar dan berkeyakinan dalam kesihatan dan kebersihan kawasan intim. Tak lagi bimbang yang perpeluhan akibat aktiviti kecergasan akan menyebabkan jangkitan bakteria mahupun menyebabkan tona warna di kawasan intim menjadi kusam dan lebih gelap dari biasa, nak pulak di kawasan pangkal peha .. kawasan paling banyak perpeluhan kerana keadaan peha yang terkepit semasa bersenam, kan. Rasa lebih segar, lebih bersih .. tidak ada masalah kegatalan di kawasan intim walau seharian Misz-ella membanting tubuh badan di lantai tari mahu pun di Gym. Buat seorang perempuan, apa kah yang lebih berharga dari kesihatan yang baik dan tubuh badan yang bersih, kan. Malah buat seorang bergelar isteri, kebersihan, kecantikan dan keremajaan kawasan intim adalah satu bonus yang tidak ternilai harganya ~ Cantik luar dan dalam, itu yang kita mahukan, kan?
GIVEAWAY ~ Berita baik buat pembaca blog Misz-ella !
Memandangkan Misz-ella dah cuba Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini dan merasai keberkesanannya, Misz-ella akan memberi 15 orang pembaca bertuah blog Dari Jari-Jari Halusku ini Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU secara percuma untuk dicuba.
Cara-cara nya :-
1. Komen entry ini dengan caption 'SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU'
2. Follow Instagram Misz-ella *Link ada di SINI*
3.Screenshot/ambil gambar kedua-dua di atas dan email kan kepada kakchik3773@gmail.com
Mudah, kan. Tak perlu fikir slogan berpatah-patah perkataan dan sebagainya. Well .. Misz-ella kan sayang blog reader, tak nak la korang pening-pening. Nak korang rasai sendiri keberkesanan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU je.
Ohhh buat yang tak ada akaun Instagram, sila 'add' Misz-ella di Facebook *Link di SINI* Sila PM Misz-ella dengan mesej 'GIVEAWAY' supaya Misz-ella tau yang you all adalah pembaca blog Misz-ella dan kelulusan menjadi sahabat FB akan dibuat dengan segera.
So you all .. jom sertai GIVEAWAY Misz-ella hari ini dan dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU secara percuma.
12 comments:
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
'SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU'
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
'SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU'
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
wah bestnya ... nak try jugaklah
'SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU'
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
Post a Comment