Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom Melancong ! MITA Travel Fair. 24th-26th Februari 2017

Hello readers ..

Ada rancangan untuk melancong tak tahun ni? Kalau ada boleh lah you all jenguk ke MITA Travel Fair 2017 (MTF2017) yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Februari 2017 nanti di MINES Intl. Exhibition & Convention Centre dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Kempen Galakan Pelancongan Domestik yang dianjurkan buat kali ke dua ini mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung tahun lepas dimana 20,000 pengunjung membanjiri Kuala Lumpur Convention Centre menyokong Kempen tersebut.



MTF2017 dianjurkan oleh pihak Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dengan kerjasama Tourism Malaysia adalah insiatif MITA untuk membantu memulihkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan domestik. 


Majlis pelancaran MTF2017 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pelancongan Malaysia, Dato' Seri Mirza Mohammad Taiyyab di Matic, baru-baru ini.

MTF2017 sangat unik kerana ianya adalah satu-satunya Ekspo Pelancongan Domestik yang memasarkan produk pelancongan percutian yang hebat. 500 penggiat industri akan mengambil bahagian dalam usaha untuk mempamerkan keunikan Malaysia dan ASEAN yang terdiri dari agen-agen pelancongan dalam dan luar negara.

Di MTF2017 juga, pengunjung boleh mendapatkan Pakej-pakej pelancongan dengan harga diskaun sehingga 60%! Wow .. menarik, kan.


MTF2017 kali ini turut memperkenal eMAS, maskot terbarunya yang merupakan 'tour guide digital' untuk MITA.




Menara Condong, Teluk Intan, Perak

MTF2017 kali ini telah memilih negeri Perak sebagai Destinasi Domestik Pilihan dengan menampilkan produk, pakej serta destinasi pelancongan terbaru bersempena Tahun Melawat Perak 2017


MTF2017 turut memperkenalkan segmen pelancongan lain seperti diving, golf, extreme sport dan equestrian. Tambah menarik lagi, MTF2017 juga menyediakan Dewan pameran tambahan seperti Dewan 'Malaysia Food Festival' yang membolehkan pengunjung membeli serta merasa keunikan rasa pelbagai makanan popular Malaysia seperti :-


Pic credit to google
Keropok Lekor dari Trengganu



Pic credit to seaasiaseats.com
Mee Kolok Sarawak


Pic credit to goasiaplus.com
Nasi Dagang Kelantan


Pic credit to kraftangan.gov.my

Selain dari itu Dewan 'Arts & Craft' dan Dewan ASEAN turut akan diketengahkan pada MTF2017 kali ini. Macam-macam ada di MTF2017  ni, kan.

Well, pada pendapat Misz-ella sendiri, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, adalah lebih baik kiranya kita mengambil peluang untuk berbelanja dengan berhemah ketika melancong dan salah satu dari caranya ialah dengan mengunjungi MITA Travel Fair di MINES Intl. Exhibition & Convention Centre dari 24-26 Februari 2017. Jom kita!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MITA Tourism Fair di http://www.mitatourismfair.com atau ikuti Facebook : https://www.facebook.com/MITATravelFair/


1 comments:

Adam said...

Terima kasih kongsi ni?