Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aiman Tino keluarkan Qurta 'hipster' - Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity

Hello pembaca-pembaca budiman,




Kali ini Misz-ella bawakan berita baik untuk penggemar-penggemar Qurta dan peminat-peminat Aiman Tino. Setelah mencipta kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Amin Tino menceburi bidang fesyen pula, sekali lagi bekerjasama dengan pihak Wonder Glow. 



Baru-baru ini, bertempat di Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur Aiman Tino telah melancarkan “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” 

Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini ialah sebagai hadiah Iman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Qurta by Sweet Aiman Fashion UnverCity


Aiman memilih konsep Qurta “hipster” kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.  Qurta by Sweet Aiman ini boleh didapati dalam 10 warna terkini yang mana semua warna dipilih oleh Aiman sendiri. 





Selain dari pilihan warna yang ceria, satu perkara yang menarik lagi tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah ianya bercirikan "unisex" dimana ia boleh digayakan oleh wanita juga. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow.


Bagi menyambut bulan Syawal yang akan menjelang tak lama lagi, Aiman turut memeriahkan suasana Syawal kita dengan mengeluarkan lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan. Lara Dalam Kerinduan telah dimuatnaik di saluran YouTube pada 12 Mei 2017 yang lalu, kini telah mencapai lebih dari sejuta penonton.  Wow !! tak sabar Misz-ella nak check it out ..


“Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” boleh didapati di Mydin pada harga RM79.90 sahaja. 

So peminat-peminat Aiman Tino, Raya tak lama lagi dan pasti semua sedang sibuk cari baju raya, kan. Jom kita kunjungi rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia, di antaranya ialah :

1) Mydin USJ Subang, 
2) Mydin UTC Melaka, 
3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, 
4) Mydin Kubang Kerian Kelantan, 
5) Mydin  Pelangi Indah Johor Baru, 
6) Mydin Meru Raya Ipoh  
7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 

Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadan ini dan dapatkan “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” sehelai dua. Abang-abang boleh pakai, kakak-kakak dan adik-adik pun boleh, cepat-cepat jangan lambat sebab seperti biasa, Mydin Hyper Market sentiasa jadi pilihan membeli belah kelengkapan dan keperluan hari raya.

Ada lagi satu berita baik .. sebagai tanda Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia yang telah menyokong Sweet Aiman selama ini, pihak Sweet Aiman dengan sukacita telah melancarkan peraduan "Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10,000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500,000.

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah sangat mudah. Beli sebarang kosmetik atau pakaian Qurta Sweet Aiman dan kita layak menyertai peraduan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman” ini.

Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli harus mengisi maklumat-maklumat yang dikehendakki di borang peraduan “on-line” di laman web tersebut. Simpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk  sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017. Wow .. Wow .. Wow .. Senangnya!! Misz-ella pun rasa nak join lah! Mana tau dapat terbang ke Korea dengan percuma, kan *tehehehe*

So pembaca-pembaca Dari Jari-Jari Halusku yang Misz-ella sayangi, Misz-ella dah habis kongsikan tentang 2 perkara best dalam entry ini ~ “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” dan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”.
  
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Tel          : +6016 7094042
Email      : sweetaiman360@gmail.com


Sekian perkongsian Misz-ella untuk entry kali ini. Terima kasih baca. Jumpa lagi di lain entry. Bye.

1 comments:

Sue Izza said...

sesuai dengan imej remaja dia.tapi en suami kita tak suka poket kat situ hahahaha