Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Satu pagi hari Sabtu

Jam telefon cap Ayam berbunyi pukul 6:15 pagi. Alaaaa .. dah kena bangun ke ni? Malasnyaaaa .. rasa mahu terus di katil bertemankan comforter lagi. Nak lagi. Nak lagi. Nak tido lagi. OK. Gimme 5. Lagi 5 minit lah ~ tewas akhirnya dengan ajakan Syaiton .. bukan 5 minit tapi 20 minit. Tersedar semula jam 6:35 pagi. Cepat-cepat bangun dan Solat. Pastu gegas ke dapur dan seperti biasa ... bermulalah rutin pagi seorang Wanita berstatus Ibu dan Isteri.

Peria rangup. Pertama kali makan peria rangup ni kat Kedai Mamak. Tersuka. Terjatuh cinta .. jadi hidangan kami sekeluarga akhirnya.

Ikan Keli Goreng ni memang feveret diaorang. Buat Cik Anon yang suggest Aiman makan Ikan Haruan yang terbukti baik dan berkhasiat untuk mereka yang baru menjalani pembedahan, Terima Kasih ye. KC dah beli Ikan tu. 3 hari berturut KC masak Ikan Haruan untuk Aiman. Goreng sikit-sikit pastu masak dengan Air Asam Jawa, buat masak Paprik dan masak Taucu. Nak masak Sup takut Aiman tak lalu. Sekarang ni kan, ada 3 ekor yang masih hidup dalam Akuarium rumah KC. Terima kasih adik atas nasihat tu. Walau kita tak kenal, tak pernah bersua, nasihat Adik berharga. KC hargai. TQVM.

Kari Ayam. 
Ada yang kata lepas pembedahan jangan makan ayam. Tapi Aiman so far Alhamdulillah .. dia tak allergic dengan ayam. Cuma kita elakkan dia makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti belacan dan seafood. Ohh ye .. lagi satu nak bagitau, pembedahan Aiman hanya untuk mengeluarkan darah beku di kepala. Tak melibatkan otak. We dont touch the brain ~ kata Dr. Lee, Pakar Bedah Hospital Sg. Buloh. BTW, terima kasih kawan2 atas doa untuk Aiman. Dia dah semakin sehat. Dah turun naik tangga, dah tengok laptop, dah mula ajak jalan-jalan*amboiiii* 

Nota kaki pagi Sabtu :~
Hati tak lagi tertutup .. mula terbuka dan menerima. Kata seorang Teman, jika pintu hati yang selama ini tertutup mula terbuka, itu tanda kasih sayang Allah SWT pada kita. Alhamdulillah. 

17 comments:

pinky said...

alhamdulillah....

semoga Aiman terus baik baik baik dan baik....amin...


KC xnak majuk2 psl nk ttp blog lagi... nt kami nak bertenggek blog sapa pulak....hehehehe....

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Seronok kakcik baca perkembangan positif Aiman. Syukurlah. :)

Ardini Humaira said...

setengah orang memang tak gatal dengan ayam. macam berpantang gak kan KC :D

JunAina said...

Alhamdulillah KC...semoga sentiasa dipermudahkan.

Peria goreng tu guna peria yang kecik2 ke?

Ibu Muda 30series said...

kakchik...mcm best la peria goreng tu...share resipi plis....hihihi

Anonymous said...

air suam said:
alhamdulillah dgn pkmbangan aiman. barakallah hu fikum.. pastikan kcdraan kpla aiman sembuh spnuhnya k k.chik bg mngelakkan kmplikasi in fture. bhgian otak, kpala are main n cmplex part fr human.xleh mbek mdah even msa kcik2 pon adik bradik main kpla pon mak mrah apetah lg dalaman kpla tu bdrah..suh aiman mnum air msak byk2 coz klembapan is 1 of main factor untk mmulihkn kcderaan spnuhnya.. anyways aiman xcident ape nih? k.chik watla stu entry psal nih.. biasanye bdak2 muda xcdent cdera klit camtula tp aiman truk skit.. hu2 nk mcmmna kn its his fate..smoga cpat sembuh amin3 ya robb..

Nur Azila Ismail said...

akak ! akak ingat sy lg x ? miss u :)

Chekgu Azrine said...

Syukur sgt ank kak kc recovering..

shahazrin said...

Alhamdulillah... syukur pada Allah swt, kalau dipikir2 dah macam2 ujian kita tempuh dan dilalui di belakang... Semoga Aiman segera sembuh...

Anonymous said...

kak cik, kak nani ade tengok aiman tak..

Misz-ella said...

@Pinky, ok. i will listen to you, adik. Takmo merajuk dah. Thnks adik.

@JunAina, guna peria kecik pun boleh, yg besar pun ok. Tapi guna peria kecik better, cepat masak sebab kurang kandungan air compare peria besar.

@kakcik seroja, mekaseh byk2 atas sokongan akak. Terharu ..

@Ardini Humaira, Ha ah. Mama KC kata mkn mcm org dlm pantang.

@Wani .. nanti Kc bagi ye.

@Cik Anonymous (Air suam) The Entry is otw dik. Tggu eh. BTW, thanks for the advise. I appreciate.

@Nur Azila Ismail. Heyy .. i rmmber u. Mana mnghilang? dah masuk universiti eh? Miss u too, adik.

@Cekgu Azrine & Shah, Alhamdulillah. berkat doa dan sokongan kawan-kawan jugak.

@ Cik Anonymous, Kak Nani tak datang tapi dia ada sms mendoakan kesejahteraan Aiman. Alhamdulillah, i appreciate all doa and sokongan given to my son. Moga Allah SWT membalas jasa baik korang semua. InsyaAllah. Amin.

mshazadoes said...

salam akk.moga aiman cpt sembuh iyer..akk mintak resepi peria goreng tue..cam sdp jek..

Lydia Miza said...

moga aiman cpt sembuh seperti sedia kala.

Ztee_Azwanis said...

alhmdulillah... happy dgr psl aiman. mcm sekelip mata jer berlaku kan...

Irfa said...

teringat makan sup ikan haruan dalam pantang ;).masa tu rasa macam uwaaaaaaaaaa nak nanges utk habiskan semangkuk.skrg,teringat2 la pulak

Mrs. Abi said...

1st timne tgk peria goreng mcm tu....pahitnye ilang x kalo goreng mcm tu....mcm best la pulak kan

Sheherazade said...

peria tu nmpk menarik,nak cube :)

dah lame xmerasa ikan haruan