Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Air Tangan Mama

Ingat tak dulu masa kecik-kecik? Masa zaman sekolah dulu? Kalau bersembang dengan kawan-kawan pasal masakan, mesti kita akan cakap Mak kita masak sedap, kan. Masing-masing tak nak kalah. Ye la kan .. zaman dulu-dulu jarang sungguh kita dengar orang makan luar. Sokmo makan kat rumah je masing-masing so dah tentulah our Mom is the best Chef in the World, kannn.

OK .. Ini lauk semalam ~ Ikan Keli Sexy Mexy Goreng Cili Padi - Misz-ella panggil Ikan Keli Sexy Mexy sebab body ikan keli sexy sangat ~ besar di atas mengecik di bawah .. pastu kan masa goreng dengan minyak panas terendam terus badan ikan tu mengerekot macam udang. Auwwww .. sexy!!
Masa Misz-ella kol Aiman tanya dia tengah buat apa dia jawab ... tengah makan Lauk mama .. pedas mama tapi sedap. Ermmm .. dah tau dah dia akan jawab camtu sebab air tangan Mama memang selalu di hati dia. Tips nak bagi sambal cili tu lebih sedap - Kisar bawang besar, sedikit bawang putih, cili api dengan air asam jawa, buh garam dan gula siap-siap. Confirm rasa sambal kita akan lebih mesraaaa giteww. Tips ni Misz-ella dapat dari Mak Mertua Misz-ella. Misz-ella suka sangat tengok Mak masak sebab dia orangnya sangat teliti ... kalau balik rumah Mak, jangan harap Misz-ella nak masak sebab Misz-ella suka masakan dia - Kurma Ayam, Gulai Kari, Masak Kicap ... perghhh best!!! Tapi sayang la, mak sekarang dah malas dah nak masak ... dah jemu gamaknya dia duduk dapur kot? Eh ... sapa suka Ikan Keli? Yeayyy... kita geng!! Meh gimme five meh. Pap *tampo skrin je* hehehe.

Ikan Sardin Berkicap ~ Ikan Sardin sangat 'versatile'. Macam-macam gaya kita boleh masak dia. Boleh buat kari, boleh buat Sambal Sardin, boleh buat Sweet Sour .. Sambal sardin pun ada banyak cara ~ Kalau rajin, Misz-ella goreng dulu ikan sardin tu. Haaa .. siap la kau meletop-letop dia dalam kuali .. dah garing, angkat .. tumis bawang besar dan cili kisar, masak sampai cili garing, masukkan air asam jawa, cili api hiris dan buh la garam secukup rasa. Perghhhh .. best!! Yang kat atas ni sempoi .. tumis bawang besar, tuangkan se tin Sardin masak sampai garing, buh air asam jawa, garam sikit je, pastu percikkan kicap. Last sekali masukkan cili api. Kalau resepi yang ni confirm la laju Aiman makan .. sebab dia suka Kicap. Misz-ella kureng sikit.

Telur Dadar Crabmeat ~ Haiiiihh .. yang ni confrm Aiman sorang je makan sebab Misz-ella tak suka Crabmeat. 

OMGGGGG .. my favorite Sambal Tumis Ikan Bilis. Bukan favorite Misz-ella je tapi favorite adik beradik Misz-ella dan ofismet Misz-ella jugak. Ada kan haritu sorang Blog reader Misz-ella yang dah try resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Misz-ella ni? Best kan adik. Tq adik. 

Sup Suhun, Fucuk dan Kentang ~ Yang ni confirm la Misz-ella kena makan sorang sebab diaorang berdua usik pun idak. Tak pe .. i rela sebab yang ni memang feveret i punn.

Telur Dadar Kentang + Bawang. Tips nak Telur Dadar kita berbau wangi ~ Tumis bawang yang dipotong tu .. dah wangi dan garing masukkan telur yang dah dipukul. Misz-ella belajar ni dari Ofismet Misz-ella si Fiza. Wangiii dapur kita dek bau bawang yang ditumis. Best!!

OK dah-dah. Cukup-cukup la tunjuk gambar makanan. Buat korang laparrrr je, kan. Iskkkk .. tabaik tau Ella. tabaik. Hehehe. Bye korang. Thanks baca eh.











12 comments:

faraherda.razalan said...

Ni klu ganti pose, bahaya msk blog KC ni. Hahahahah! Tapi kan, seme lauk yg KC tunjuk tu, seme sedap2. Arghhh!

Izza - Jiejah said...

ikan keli is my pebret tp idak la saya sanggup menggoreng sendiri .. mkn kedai or org masak lajuuu pulak hhaha

cheqna said...

wah..besh..besh
tapi memang pun..air tangan masakan ibu tiada tolok bandingnya

MasZuber said...

telan air lioq kak chick oii saya kat sini...hmmm nakk..

Kesuma Angsana said...

semua tu mmg sedap dan lauk ikan keli pedad tu mmg feveret anak2 KA & en hubby walau mkn sampai abis tisu sekotak.. hehehe

el said...

ikan keli tu xleh tahan
fevret el tu

Irfa said...

masuk blog kakchik mesti telan air liur.masaknya cuma simple tp nampak menyelerakan..saya pun suka ikan keli sambal..tp saya akan potong kepalanya sbb ntah kenapa geli tgk kepalanya
hehe

ainnoraini said...

semuanya sedap tuu..
Mmg pun ait tangan ibu mana nk sama dgn org lain punya masakankann...

munna said...

mmg lapar dah ni.... semuanya nampak sedap lah kak ella

Sukma Haron said...

dah lama tak makan ikan sardin tu...tapi sekarang makan lauk jer @ cecah dgn roti ler...tak makan nasi lagi...diet..

Amin A. R said...

semua makanan di atas adalah saya suka :D
**terima kasih utk petua sambal cili tu :)

Kniedaz said...

oh..KC..kalau saya duduk rumah KC mesti sentiasa kenyang dan bulat..semua tu favourite saya..makan sayur fucuk tu ngan sambal tumis ikan bilis memang sedap...