Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hold Me Tight-Tight

Hold me tight-tight or dalam Bahasa Melayunya .. Pegang saya kuat-kuat or else i will run. Tak faham? Never mind .. certain things memang tak nak bagi korang faham .. untuk kenangan diri sendiri je tapi jari-jari halus tetap mahu mengetuk keyboard S3 untuk meluah rasa disini.

Dah lama tak berjalan berdua-duaan dengan dia - my darling Aiman.  Been busy lately make me miss certain things in my life. Spending quality time with kesayangan, luangkan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah and enjoy doing it ... I want a quality life.  What about you?

Stok SKII yang belum guna.  Jangan sampai 'expired' ye wahai Ella .. its all money and its not cheap.

Rindu my WhatsApp Group - Atie, Tini, Fiza, Wan, Maiza, Tina, Cath, Alin, Aieda, Wani, CT, Liza dan ramai lagi la.  3 bulan hidup ala-ala Mak Datin terlebih kaya tak payah kerja, dorang la teman menangis dan ketawa. Harini cite pasal masak-masak, tetiba tukar topik ke gurauan 18SX, kang tetiba kisah mertua, tup-tup 'luxury handbag' pun ada juga.  Suri rumah dulu-dulu gossip bawah pokok kari, kami gossip paling kurang pun guna S3. Tak main la pokok-pokok kari ni, kannn .. our gossips are done online. Hihihi.  Suri rumah dulu-dulu tukang jaga anak dan makan pakai suami, suri rumah zaman sekarang merangkap PA      sang suami .. almaklumlah .. siang malam Smartphone kat hujung jari je.  Kelass kau mak-mak zaman millenium ni.  Jangan pandang sebelah mata okkk ..

Habis Sessi ni masing-masing mengadu sakit peha.  Body Toning and Muscle Conditioning memang adakalanya a bit mendera.  Rilek arr beb .. jangan nak manja sangat ye. I miss my aero classs .. i want to get back to my 3 times a week routine.  I want to stay young, fit and healthy at the age of 40.  Senaman melegakan tekanan.  Senaman buat saya sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.  Senyumlah .. walau hati sebenarnya gundah. 
Bertenanglah .. walau hati sebenarnya sedang marah.  Sedih, marah, gundah semuanya adalah tekanan pada diri sendiri sebenarnya.  Yang dimarah memang sakit, tapi yang memarah sebenarnya lebih terasa sakitnya.  I dah lama buang sifat panas baran, sejajar dengan pertambahan usia dan kematangan fikiran. I lead myself to a healthy lifestyle.  I dont like 'blocking'.  Malas nak fikirkan perkara-perkara yang menyesakkan minda but by the end of the day tidak menyumbang apa-apa. Hidup sebuah perjalanan yang panjang, kan.  Banyak yang perlu kita hadapi.  Maybe hidup you all banyak yang manis but not me. But still, i always feel blessed and lucky with what i have gone through.  Pengalaman yang berharga yang banyak membentuk jatidiri dan peribadi saya.

 Hadapi Dengan Senyuman.
Life Is Easy. Why Make It Complicated?

Hurmmm .. dah pukul 6:15 pagi.  Masa untuk menyiapkan diri sendiri.  Next time kita cerita lagi. Thank You baca. Bye Readers.



4 comments:

Azian Elias said...

kenapa tak dipakai SKII tu ella..
akak guna this product in 2009..then stop..mahaiii.. hee.

Kakcik Seroja said...

Selamat pagi Ella.

Salam penghujung Syawal. :)

Unknown said...

Salam, boleh tau kat mana u buat exercise nie?..care to share..:)

Kniedaz said...

Salam KC
Best kalau dapat berjalan dengan yang tersayang kan kak...SKII wah...banyaknya...ok ke kak? teringin nak try tapi mahal la huhu