Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sorang-sorang

Hari Jumaat malam, Makan malam sorang-sorang.  Aiman tution, Encik Asben balik kampung sejak dari Selasa lagi and my Mr. SUV buat hal Rabu pagi. Wahai Misz-ella, pandai-pandai la kau ye handle sendiri. But it's ok .. tak merungut, membebel, bising-bising, marah-marah pun.  The more you stress the more pressure will come.  Solve it, dont add pressure on it.

Al-kisahnya, Misz-ella dah terbiasa sorang-sorang.  Ada kalanya, berseorangan lebih baik dari ramai-ramai.  Ada kalanya, i need accompany and mahu berteman.  Both situation are good to me.

I did a lot of things to lead a positive life. Penat? Sume orang penat tapi orang KL ni most of them are facing mind stress @ penat minda unlike orang kampung yang kerja guna kudrat dan tenaga makanya dia orang penat fizikal.

Daripada i bad mood, balik rumah muka kelat dan marah-marah, i usually will divert my tired mind to something which will make me happy.  Gi dancerobic ke, keluar dengan kesayangan ... watch movie or tv together, reading books ke .. macam-macam kita boleh buat to make our lifes happy and interesting.

Gambar Hari Sabtu

Maggi Tomyam pilihan Misz-ella masa makan sorang-sorang Jumaat malam.  Yang tak bestnya berseorangan ni ialah ada masanya kena ngorat.  Hai la Abang-abang, pakcik-pakcik, tak perlu la buang masa ngorat saya .. saya dah ada anak teruna and saya tak la muda lagi. Bila dah kena Hai-Hai dan bermula dengan sepatah dua kata, mula la dorang tanya banyak-banyak lagi.  Lama-lama kita jadi tak selesa, so i pack and pergi. Hurmmm .. begitu la nasib seorang Misz-ella.  Pelik sangat kot daku ni di mata mereka-mereka? Hihihi ..

Pagi Ahad ni .. oh myy .. tetiba kena pedih ulu hati.  Dah 3 kali muntah-muntah dan sudah makan Gaviscon.  Get well soon my little tummy, i need to do lots of thing.  Bila kita banyak kerja, maka all the kerja become priority .. nak sihat.. tak nak sakit. Tapi sakit itu dugaan Allah swt pada kita .. so REDHA.  

OK .. dah pukul 10:55 pagi.  Nak turun bawah .. nak tengok apa kisahnya wahai rumah. Bye.

1 comments:

Ita Rossi said...

bersihnya muka ella!..