Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Al-Kisahnya Konsert Final AF13

Blog ni jarang nak cakap pasal isu-isu semasa, gossip dan whatsoever yang seangkatan dengannya, kan. Tak pe la .. dah ramai Blogger buat camtu so its ok .. Misz-ella buat hal sendiri je. Hehehe.

By the way, Misz-ella cuma tengok Konsert AF2013 ni masa minggu ke 8, 9 dan final je. Diari AF langsung tak tengok. Mana nak tengok Beb,  gue malam sibuk joget kat Studio .. so al-kirim salam je lah rancangan-rancangan TV ni. Hehehe.

Tengok-tengok dah Minggu Ke 8. WOW!! terkagum pulak dengan bakat dorang. Faizul mentercengangkan Misz-ella dengan persembahan 'Mati lah Kau' nya, Nabila yang comel dan manis tapi sayang dia ni kadang-kadang best, kadang-kadang tak best. Amira yang Misz-ella rasa macam ada masalah 'kurang rasa' dan kaku sikit, Azhael yang pada rasa Misz-ella yang kadang-kadang cam eksyen jerk. Pastu Indah yang Misz-ella rasa cam 'over konfident' dan bila tarik suara macam memekik jer. Dan paling suka Aisyah yang 'sweet and humble'. Paling syok bila tengok dia mengkeroncongkan lagu Suci Dalam Debu nyanyian Saleem tu. Aisyah ni kadang-kadang masa dia bercakap bunyi macam Fasha Sandha pun ado. Hmmmm .. versatile sungguh la ko dik.

Oh ye .. rasa-rasa di perenggan di atas adalah rasa saya sahaja ye. Jangan marah sebab lain orang lain rasa so sukatik korang la kan nak suka sapa .. pendapat dan rasa masing-masing. Sendiri punya, sendiri rasa.

Hai la korang .. Faizul dah menang tadi dan Misz-ella memang suka dia menang. Susah kauuu nak nyanyi lagu Faizal Tahir tu.  Lagipun memang syok arr tengok dia nyanyi .. suara best, wave suara dia turun naik best, penghayatan dia 'superb' tu yang masa dia dok nyanyi lagu 'Mati lah Kau' tu dan-dan tu Misz-ella rasa macam nak mampus .. sebab penghayatan dia macam betul-betul nak suruh kita mati. Hehehe.

I think this is The Best AF so far sebab ke enam-enam finalis tu berbakat. Semua bagus. Top up wax dan polish lebih sikit so that they will shine more after this. Sayang bakat dorang ni kalau tak digunakan sebaiknya nak pulak Faizul tu. Ehhh .. lagi-lagi Faizul eh. Berkesan betul 'Mati lah Kau' ni kat Misz-ella ye. Hehe.

OK dah-dah-dah. Hentikan repekan sebab sekarang dah pukul 12:20 malam. Gi tido. Esok Aiman Exam Matematik le. Dup-dap-dup-dap .. Aduihhh .. omaknya yang dobar. Hahaha. Sokmo Over kau wahai Ella.




2 comments:

azieazah said...

Kami sekeluarga pernah follow AF7 masa Hafiz juara tu jer. Pastu langsung tak pot dah. Ntah kenapa, semua orang dalam rumah tak berapa gemar AF..

Tahniah kepada yang menjadi juara.

pena rozie said...

Ish.... Dah lame tak layan af ni. Dah la asterok rozie dah potong. Hehehe.....