Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Semalam Hari Deepavali

Helloooo .. Happy Deepavali my Indian readers, buat yang lain-lain Selamat Bercuti ye.  Use this holiday by spending quality time with our family.

Lunch at Subra's.  His wife cooked a very nice mutton, chicken curry, fish sweet sour, coleslaw and sayur campur yang sangat marvellous. Sedap kauuuu .. bertambah-tambah Misz-ella makan.

Diwali decoration at Subra's. 

Saya sangat berbesar hati dapat jadi tetamu di rumah ini.  Rumah yang ringkas, selesa dan menarik, makanan yang enak buat si 'tummy' dan tuan rumah yang peramah dan baik hati.  Happy Diwali Subra & Family.

Sebelum tu, pagi-pagi sudah 'on' dua biji 'lappy' - satu untuk kerja ofis, satu lagi untuk peribadi. I didn't use office stuff for my personal things unless if really really have to. I jarang nak guna telefon ofis untuk buat panggilan peribadi melainkan jika benar-benar perlu.  I orang yang sangat menepati masa dan menghormati undang-udang 'company'. Tak da nya aku nak curi masa ofis untuk buat hal-hal peribadi. Tak danya aku nak datang lambat sesuka hati.  My friend Jacq said i am a 'High C' person. If we do assessment, you will fall under High Compliance category - camtu le dia kata. Hmmmm .. dia kata ye .. bukan aku kata. Korang jangan salah 'manipulate' eh. Read line by line and understand.
.
i
Aftfr Subra's house, we had an appointment with Chris Hemsworth, jejaka Australia yang telah menawan warga dunia. Kenai dak sapa dia? Lelaki terhensem pujaan mata sekarang ni - pemegang watak Thor dalam filem Thor, Marvel Avengers dan kini kembali dengan Thor and The Dark World.  Hensem gila kau!! Masa dia berlakon dalam Snow White and The Hunstman dah nampak kehenseman dia. Dalam Thor lagi 'macho' gua cakap lu. Perghhhh ... betul-betul dia berjaya mencairkan pandangan mata Misz-ella weih. Ok movie tu, best, menarik dan cantik. So worth watching. OK dah. Takmo sembang dengan korang lagi tapi mau pergi 'ON' lappy. Nanti petang mau jumpa kekanda kesayangan pulak.

Selamat Hari Ahad. Moga-moga kita bertambah sehat. Amin.









2 comments:

Panglima Muda said...

salam....lama dah saya tak singgah...alhamdulillah semua sihat nampaknya

Kniedaz said...

saya pun berpeluang melawat kawan mr hubby yang meraikan Deepavali..very nice...
Oh..KC dah p tgk Thor tu ke? waduh waduh..jeles nih