Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Banyak Hantu

Hmmm .. Tetiba rasa ada banyak gangguan.  Tengah asyik leka berbual telefon .. tup-tup line got cut-off. Dari point A ke point B, 8 kali redial. Kalau la dari point A ke B tu macam JB nak ke Bkt Kayu Hitam jaraknya, masuk akal la kan.  Ni  sekangkang kucen Cik Yam Jiran Sebelah je pun. Banyak betul hantu 'line' kat atas jalan raya ni. Jeles la tu .. tak bagi i engage lama-lama dengan u.

Pastu tengah syok-syok melayari internet .. tetiba hairwire. gi sini sana. Haiyooohhh .. serabut tambah serabut tapi jangan la kau jadi kelam kabut. Cool down. Kan ke dokumen nak di email dah di Autosaved tadi.  Banyak hantu la line internet malam-malam camni. Jeles la tu tengok Misz-ella tak tido-tido .. nak suruh i tido la tu .. tak bagi i 'surfing'. 

Service provider kat Malaysia .. apakah masalah. Dalam rumah ni pun kalau ber cakap telefon ada kalanya kau kena duduk diam-diam macam kena sumpah dengan batu. Alaaa .. macam si Tanggang kena sumpah jadi Batu Caves tu la .. diam-diam je situ tak boleh bergerak. Bergerak seinchi kepala habisla putus line kau. Pastu kadang-kadang line langsung tak masuk. Mesej yang dihantar terus Missing In Action. Yang kita duk gaduh laki bini Apsal you tak SMS i? Mana pegi? 

Hidup kena banyak sabar weih. Sabar kiri, sabar kanan, sabar depan, sabar belakang.  Kalau tak de kesabaran memang naik hantu. Hantu gak yang menang .. kita jugak yang kalah kerana melayan amarah atau naik darah. Kesimpulannya, hantu ada di mana-mana termasuk la dalam diri kita sendiri. Tak boleh kawal emosi, tak boleh kawal diri, tak boleh menahan amarah .. tu sume tanda-tanda kita dah dikuasai hantu-hantu yang banyak tu. Hantu ada dalam berbagai cara termasuk la dalam diri kita. Jangan layan dia.

1 comments:

Raihan said...

Btul..hidup kena banyak sabar dan positif kan diri...elemen² dan aura² -ve pegi jauh².