Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nasi Mama Sedap ..

Alkisahnya  .. bila anak dah terbiasa makan airtangan ibu, bila dia makan diluar panjang jugak lah 'List of Complaint' nya. Baru-baru ni makan kat luar, Nasi Putih kat Kedai Makan tu pun dikatakan tawar.  Kenapa nasi dia tawar ma .. nasi yang mama masak sedap, tak macam ni.  Sebab mama Aiman masak dengan kasih sayang, bukan macam orang kedai ni masak - My sister KY tolong jawab.

Cooking With Love .. yeahhh mari tengok juadah kita beberapa hari ini.

Masak Lemak Cili Api, Telur Mata Berkicap dan Sambal Bilis Jalan Jauh

Cucur Bilis Ber Jintan Halus.  Senang sangat buat Cucur ni, bancuh dengan air biasa dah sebati masukkan sebiji telur dan sedikit jintan halus.  Yang lain-lain macam biasa, dua bahan ni je extra. Hrmmmm .. sedap!! Terima kasih Kak Ani for the Recipe.  La ni kalau teringin terpaksa la ella buat sendiri sebab Kak Ani jauh duk di Penang.

Lapar tapi malas, Sosej dan Telur Mata pun boleh la ..

Aiman suka sangat makan telo goreng mata buh kicap camni.  Anak korang pun sama ke? Ke Aiman sorang je camtu eh?

Minum petang goreng keropok lekor dari Bestfren ku, Maiza yang jauh nun di Trengganu. Mekasih adikku. Nak lagi ..   

Pergi Pasar Tani Shah Alam jumpa Dim Sum.  Yeayyy ... Mari stim dan makan ramai-ramai di petang hari.


Biasa-biasa je kan masakan dan makanan kitorang. Tak 'grand' .. tak mewah .. sederhana sahaja.  Yang penting 'tummy' diisi dan 'happy'.  Afterall, bukankah dalam Islam kita digalakkan bersederhana dalam segala hal? 

Selamat Hari Selasa kawan-kawan.  Moga hari ini meriangkan. Saya sudah tidak 'flat' lagi hari ini. Alhamdulillah. Yeay!!
















11 comments:

aima said...

sedapnya cucur tu....nak try wat cucuq buh jintan skali gak la...

norey said...

Alhamdulillah..kc dah sembuh...simple² makanan tu pun...telan air liur juga memandang.......nasib dah breakfast...hehhehehe

faraherda.razalan said...

Sy sukeeeeeeeee sgt bile KC update apa yg KC msk. Nmpk sdp n berselera je. Tgk msk lemak KC tu....pehh!

Irfa said...

kembang si ibu bila anak puji masakan sedap ;)
bila buat nasi goreng,anak2 sy mesti akan cakap
'esok buat lagi ye'
hehe

eliyaezlinalias said...

sedap belaka menu kakchick
simple is best!
bila nak open table menu steamboat lagi???hehehe

Kniedaz said...

bukan Aiman je yg suka KC, saya pun suka kalau goreng telur camtu hehehe

:: Mrs.Eady :: said...

Terliur gilerrr

Cik Siti Hajar said...

kak... terliur tgk telur mata kerbau tu... makan dengan nasi panas2... fuhhhh... hancus diet.. :)

Khalid Kyle said...

Terus lapar tgk those picture.. tetiba rindu pulak dgn masakan arwah nenek di kampung..

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

Kesuma Angsana said...

sedapnyer KC.. tgk dimsum tu jd teringin ler pulak hehehe

kakchik@ella said...

KA, beli la kat psr tani. nnt blk stim je.