Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tak da Tajuk

21/11/2013 - Cepat betul masa berlalu.  Lagi 10 hari dah bulan 12. Hurmmmm .. masa tak tunggu kita .. kita yang kena kejar dia. Once gone is gone. Hargai lah masa yang ada.  

Misz-ella sendiri padat menyusun masa.  Antara nak masak nasi dan nak goreng Ayam .. mana nak buat dulu? OK .. panaskan kuali pegi basuh beras tu.  Kuali dah panas nasi pun dah in the making. Contoh ye kekawan ..

Tak ada apa nak cite sebenarnya .. just a personal note for my future. Alahhh .. blog biasa-biasa .. gaya hidup tak meletop pun .. i dont expect people to like or admire it .. *sedar diri ok*


 ~ COOKING WITH LOVE ~
Ayam Masak Kicap Misz-ella masak untuk makan ramai-ramai di tempat sejuk. Best la percutian dengan kesayangan kali ni. We really spend quality time together. Nanti ye. Kalau ada mood nanti Misz-ella cerita.

Sambal bilis cooked for kesayangan. First i nak buat Sambal Kosong je tapi kesayangan said nak Sambal Bilis jugak and i said Yes. Dimakan dengan Nasi Lemak Kukus special made by my kesayangan KY, memang terbuka selera bila makan ramai-ramai.  Nak pulak bila baru balik dari Jungle Treking. We need to re-charge. Energy .. energy .. Nasi Lemak Kukus please help to re-charge my energy. Hehehe.

Ikan Siakap 3 Rasa buat santapan Aiman balik dari sekolah. Seekor ikan licin dia kerjakan. Sedap gamaknya ye? Tehehehe. Masa kecik dulu, dia cuma tau makan Telur .. Ayam. Telur .. Ayam. Ehh .. Ayam dulu ke telur dulu? Tehehehe. Sekarang dah besar sume dia telan. Senang dah keja mama .. masak 1 lauk dah cukup. Dulu-dulu sokmo kena masak dua .. ayam untuk dia .. ikan untuk asben .. sebab asben suka makan ikan .. anak pulak very fanatic with ayam. Now easy. 

Kitorang suka Ikan Bawal. Kalau tak Suwit Sour, kita masak kari. Misz-ella masak kari ikut tips yang MIL bagi.  MIL is very good with her curry. Arwah FIL lagi la terror bab masak memasak.  Misz-ella kalau balik kampung mertua memang manja .. nak mak masak jugak .. Misz-ella tolong-tolong sambil layan dia borak.  Masakan mak best!

I love Japanese Food.

Melepas lelah lepas penat bersilat berkung-fu taichi di dapur sorang diri. Alalalala .. masak sikit je pun .. kecoh lebih. Ehhh .. lepas masak kena kemas, kena sapu, kena mop. I kan Mem Besar + Bibik + Driver dalam rumah ni. Sume i buat sendiri. Asal kita enjoy dan ikhlas membuatnya .. In Sha Allah everything will be fine.  

Sebulan sekali gi facial. Urut muka .. lancarkan peredaran darah kat muka .. pecahkan lemak-lemak kat muka tu - Tq Fida yang sabar layan Misz-ella yang cerewet ni. Dah setahun lebih Misz-ella buat treatment kat dia. I am very happy with her and being seorang yang cerewet, kalau orang tu orang tu je la .. tak da nya i nak tukar lain orang. The best thing is she can follow my time even i nak datang pukul 8 pagi or 10 malam cos she do it at home.  

Misz-ella tak perasan atau rasa diri lawa pun .. cuma memang dah terbiasa dengan amalan menjaga diri dari umur 20an lagi.  I started exercise, pergi salun dan ada kesedaran untuk menjaga kesihatan seawal pertengahan 20an dan Alhamdulillah .. I am very consistent with it.  

Miss my bestfriend Prof Dr. Rozzana. She is very busy with her task.  Misz-ella selalu bersyukur sebab dalam hidup ni sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik. Alhamdulillah. Kalau ada sorang dua yang buat hal, takkan menggugat rasa dan keinginan diri untuk teruskan sikap suka berkawan.  Pernah tak dalam hidup korang, korang buat baik dengan orang tapi dibalas tuba atau racun? Pernah? Misz-ella pernah.  Tak pe .. teruskan usaha berbuat baik sesama kita. Allah Swt pemurah, Dia bagi ganjaran bermacam cara.  Mungkin balasannya bukan pada kita .. tapi pada anak kita, waris-waris kita. So teruskan usaha berbuat baik ye.  Jangan kecewa atau putus asa.  Sedih kejap-kejap tak pe.


Si Cantik Manis Ismayanti Bedak Sejuk .. Accountant di DRB .. antara kawan yang paling faham dengan kepala angin Misz-ella. Omaigoddd .. i miss my long hair. Masa panjang gatal potong pendek .. dah pendek terkenang si panjang. Mengada, kan?

OK dah.  Sekadar Coretan Kenangan.  Suka, baca.  Tak suka, pangkahlah saya. Tak yah datang lagi. Habis cerita. Easy, right. Opss .. jangan salah faham ye .. its not that i do not like you come and read but because I do not want to hurt your feeling by reading me. Baca pastu sakit hati .. baik tak yah baca, kan. Hati satu je beb .. sian kat hati. Jaga hati kita ye. Ok lah. Bye. Tenkiu buat yang baca ye. Chowww.


7 comments:

Kniedaz said...

saya suka baca entri KC..hehe..suka tgk gambar KC, Aiman, makan2...so..i'll keep coming back ^_^

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Ella,

Banyaknya lauk2 yang terpapar, Ella adalah jenis suka kedapur jugalah, w/pun bekerja. Ada juga ibu2 hanya tinggalkan duit utk anak2 yang dah besar makan diluar aja.

Syabass ibu muda yang rajin lagi syantek..hihihihi

PakcikLie PCL said...

Salam singgah ..jenguk blog KC .

kakchik@ella said...

@ Kniedaz .. thanks eh. sok-sok kc free kc gi belog Kniedaz balik ye.

kakchik@ella said...

@Auntie Nanie,

Ella rajin masak sebab diaorg suka makan. Hehehe.

kakchik@ella said...

PakcikLie PCL, thanks for dropping by. Singgah2 la selalu ye.

Nurul Ain Zulkarnaind said...

ayam masak kicap tu yong suka