Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jangan Bukak Pintu

Ramai tak tau yang Misz-ella sebenarnya penakut yang teramat sangat.


Kalau duk rumah, tak suka bukak pintu atau tingkap.  Takut nanti tupai masuk lah, kucing masuk rumah lah, ular ke .. lipan ke .. apa-apa menatang ke .. mana kita nak tau, kan.  Paling takut orang jahat lah.

Tapi bukan setakat pintu, tingkap pun bukak masa masak. Pastu TUTUP. Takut nanti burung masuk ke .. termasuk pulak dalam periuk lauk panas yang belum tutup .. harus la kau jadi lauk penambah kang. Hahaha.

Tapi kan .. dalam hidup ni memang selalunya kita dapat pasangan yang 'opposite character' .. dapat laki jenis yang suka bukak pintu rumah .. udah la terbukak, grill tak di kunci nya pulak. Adoila laki .. apa kah kau dah terlebih berani? Bini penakut .. laki terlebih berani. Erkkkk .. serasi eh? Hehehe.

Datang kecuaian sang laki kang .. pintu rumah terbukak luas dia lak gi lepak tertidur kat bilik bawah. Omakaihhhh ... kelam kabut si bini gi tutup pintu. Takat tutup .. nak bising-bising marah memang takkan la, kan. Tak kuasa i nak bising-bising you .. buat stress diri sendiri jerk. 

Hmmmm .. gitu la Al-kisah betapa penakut dan terlebih prihatinnya Misz-ella pada 'surrounding'nya. Ok Dah. Sekadar sebuah coretan buat kenangan. Bye.

4 comments:

Kesuma Angsana said...

tp setuku kc, zaman skang ni kita mmg kena xtra hati2 kan !

Daddy Ziyyad said...

Salam KC...

Saya setuju part " kita selalunya dpt partner yg opposite character" tu :)

Zaman sekarang ni, mmg kena lebih berhati2..sana sini org jahat KC....setakat kucing..tupai masuk rumah takpe...:P

Chekgu Azrine said...

Ohh..tu dh mcm hubs rin kakcik..haha..mmg pnh tdo xkunci pintu pun..huhu

kakchik@ella said...

@KA .. Kannn

@Daddy Ziyyad .. saya penakut. kucing, tupai, tikus sume jgn la masuk rumah saya.

@Chekgu Azrine, husband kc mmg gitu .. sokmo trlupa nak tutup pintu. kita la kena terlebih perhati, kan.