Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Karipap Sardin. Makan-makan.

Wahhhh .. dah lama tak 'share' gambar makanan dengan korang kat sini and tadaaaaa ..  let me tell you that me and family is very good in 'Karipap' making. Me was trained from a very young age on how to make a nice and beautiful 'Karipap'.  Resepi doh Karipap Mama Misz-ella ni kan, sampai ke petang karipapnya masih rangup dan elok lagi even digoreng di awal pagi.

 Karipap Sardin resepi my mum. Bancuh tepung gandum dengan marjerin yang telah dicair dan disejukkan. Curah ke atas tepung dan gaul rata. Lepas tu masukkan air (suhu bilik) perlahan-lahan dan uli doh pelan-pelan. Bila doh dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong dan canai di atas papan.  Dah rata masukkan inti. Lepas tu tekan kuat bucu doh tadi dan gunting lebihan doh. Then you all kelim la lawa-lawa .. macam Misz-ella buat kat atas tu. I suka ooo kelim karipap, tak suka guna Acuan.

Oppsss .. Resepi inti Karipap Sardin - Potong dadu bawang besar (banyak bawang lagi bagus) dan tumis dalam minyak panas.  Masukkan cili kisar dan sardin. Hancur-hancur kan sardin. Masukkan sedikit air asam jawa dan garam.  Masak sampai kering. Angkat dan sejukkan. 

Makan tengahari rumah Mama .. Asam Rebus Ikan Tongkol, Tomyam Ayam, Sayur Campur, Sambal Belacan etc ... etc .. Ya Ampunn sedapnya masakan Mama .. walaupun lauk simple, Misz-ella makan bertambah. Hai la lemak .. Selamat menggebukan diriku. Tehehehe.

2 comments:

Kakcik Nur said...

Cantiknya karipapa yang Ella buat. Mesti sedap. :)

Diana Rashid said...

Sedap2 nya kakchik oi..meleleh air liur tengok..