Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

Hari sedih.
Kehilangan Ulama dan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz sangat dirasai dan diratapi bukan sahaja oleh rakyat Kelantan dan ahli keluarganya malah kepada dunia Islam khususnya.

Arwah Tok Guru semasa hidupnya memiliki karisma dan aura nya yang tersendiri. Lemah lembut tutur bicara dalam menyampaikan amanat dan tatkala berkata-kata.  Beliau hidup serba sederhana meski berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun.  Semasa hayatnya, Arwah Tok Guru sangat tenang menghadapi cabaran kehidupan meski dihina, difitnah dan diaibkan oleh musuh-musuh politiknya.


Arwah Tok Guru meninggalkan kita pada jam 9.40 malam, 12/2/2015 di kediaman beliau di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan kerana Kanser Prostat. Innalillahiwainalilahirojiun. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Al-Fatihah. Moga Arwah Tok Guru berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT dan ditempatkan di kalangan para Syuhada. Amin.

1 comments:

Aqilah Azmi said...

innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!!