Thursday, May 24, 2012

Becuti di Desa Balqis, Kuala Linggi

Hai .. Hai .. hai .. I have a lot of Drafted Entry on queue. Banyak sangat sampai tak tau nak keluarkan yang mana satu. Tetapii .. memandangkan Cuti sekolah bakal bermula minggu depan, kita bagi laluan kepada Entry Cuti-Cuti Malaysia dulu.

Kalau mahu ke Melaka dan sedang mencari Hotel .. Chalet .. Rumah Rehat dan sebagainya .. pastu berhajat nak duduk jauh dari hiruk pikuk Kota Melaka yang sokmo traffik jem,  apa kata cuba 'idea' ni ~ Berehat, bersantai di Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka. Tenang dan damai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tidur malam di dalam rumah tradisional yang dibuat dari kayu .. bertemankan bunyi alam yang tenang lagi mendamaikan dan bangun pagi dikejutkan oleh bunyi kokokan ayam dan menghirup udara segar tanpa pencemaran. Best. Best. Best = Best sangat-sangat.

Deretan rumah tradisional yang dibuat dari kayu.

Yang ni muat untuk satu famili ~ 8 orang

Padang rumput hijau sesuai untuk Acara santai dengan keluarga. Bayangkan kalau datang 3, 4 keluarga ramai-ramai .. ibu-ibu duduk tepi pangkin sambil minum kopi secawan .. bapak-bapak dan anak-anak berlarian bermesra-mesraan di padang .. Wahwahwah ... sah-sah la padang ini kita yang punya, kan. Bahagianyaaaa ..

Yang ni pun cantek, kannnn. Petang-petang .. malam-malam  .. jom la kita berkain batik bersila bersama sambil bergurau senda. Auwww .. bestnya.
Yang ni pun best!!

Kita dulu duduk yang bawah. 

Dewan Makan

Swimming Pool mengadap laut. Sambil anak berenang-renang .. mak-mak boleh la mengadap laut sambil berangan dan mencari ketenangan .. pastu malam boleh ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru .. yang hanya 5 minit dari tempat ini sahaja.

OK. Kalau ini tak cukup cantek dan menggoda .. sila ke website ini dan bersedialah untuk lebih "WoW". Jangan sampai juling mata macam ai ye.




15 comments:

FARAH deeb said...

Masuk dalam wishlist nih! HAha... bape rate dia kak?

Pok Amai-Amai said...

Alamak! Bestnya. Tu klu bt bbq boleh ke? Syok gile!

JunAina said...

Yang penting ada swimming pool...anak2 main ayaq mak2 leh lepak2.

IdaShazana said...

nampak nyaman.....tapi tak boleh pegi le pulak. dekat sgt dengan kpg hubby

Ain Syafieqa said...

mesti g nih..tngok umah tu pun da rsa tenang sgt..:)

laskar pelangi said...

Kakchik:)
Lamanya tak singgah sini:))
wahhh terbaiklahhh reka btk rumah ni:) ni baru org kata traditionalkan..hihi;)
warna template kakchik dah bertukar biru ye.aritu pepel..=)

CT said...

Wow! KC bestnya...nak trylah..ada sawah tak kat situ..hihiii

CT said...

Wow...bestnya, KC ada sawah tak dkt2 situ?

POSH76 said...

bess jugak tempat ni!!

Kunang-Kunang said...

Terima kasih Ella sudi berkongsi, macam teringin nak pergi.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak..nmpk sgt menarik!tq sudi share sini ye

ummi_khalish said...

assalam..syukran kakcik kongsi tempat menarik ni....harap2 dapat pegi bila balik nanti....:-)

el said...

yg ada pool tu cantek lah KC

Peri PiA said...

Wah,xtahu ade tmpt best mcm ni :)

aZuMaya said...

salam perkenalan..hahhahaha walaupun desa balqis bersebelahan kg saya,,saya belum sempat nk singgah sini,, mmg terbaikkkkkkkkkkk