Sunday, November 13, 2011

Tak ada yang murah sekarang ni

Tak ada RM10.00 dalam 'purse' jangan cuba-cuba makan tengahari kat luar. Tak macam 20 tahun dulu .. masa kita mula-mula kerja. Nasi dan air RM3.00 sahaja.

Taraf hidup sudah makin naik kah?  Ekonomi sudah semakin baik kah? "Earnings" sudah bertambahkah? *Sila check Penyata Gaji anda sekarang* Hihi.

Wantan Mee ~ RM5.50 sekarang. Dulu RM3.50 - RM4.00 sahaja.

Nasi separuh .. sayur kacang botol, telur dadar nipis dan sikit sotong ~ RM6.50.

23 comments:

diana said...

duit cukup berkuasa sekarang ni..kan??

bujal X said...

wow~~rm6.50~~seb baik kat tempat saya ada orang yang masih bertimbang rasa jual makan murah~~he~~

lagenda said...

antara gambar pertama dan gambar kedua tu, mak pilih menu ke 2 lah wlupun harganya mmg lby mahal dr yg pertama..

luahfikiran said...

SALAM,
TERINGAT DULU, MASA 70'AN, PEMBANTU RUMAH (TEMPATAN) RM 40 JE GAJI SEBULAN !

mMoOnN aAlLeEaA said...

kat mana ni?sampai 6.50....sotong tu mau dikranya 50sen seketul..nak berniaga agak2xlah

kakchik@ella said...

Salam Dato' LF ..

Gaji pembantu rumah RM40 sebln? Saya nak sepuluh!! Hihihi.

Innanie | Ariffin said...

btul tu kc. klu kc yang dah berpendapatan tinggi tu pun terasa mahalnya, apatah lagi student mcam kami ni. golongan tertindas!!!

eliyaezlinalias said...

sotong tu sedap...eh?! off topik sudaaa....hehehe

Kunang-Kunang said...

Sekarang ni walaupun nasi separuh, rasanya dia charge sama macam nasih penuh.

Kak ani yang tak boleh makan banyak ni, kadang2 ambik nasi tak sampai setengah pun dia orang charge penuh.

Memang betul breakfast berdua diluar paling murah kalau tak makan roti canailah, paling tidak RM15 ke atas, Kalau makan nasih lemak yang lauknya macam2 tu, ....

ShErA said...

RM6.50? boleh dua kali makan kat u shera ni...

cida said...

setuju la kak cik...tambah2 kalau mkn kt food court shoping complex...7-8 hengget gak melayang dgn lauk yg sgt simple...

RashAtie said...

hmmm...adat org meniaga skg ni..masing2 nak kejar untung...

kakcik said...

Bagaimanapun hidangan itu kelihatan sangat sedap. Mahal tapi sedap, berbaloilah juga. :)

♛ dja sukhri said...

sedapnya wantan mee. minum lak apple juice. wahh.. :)

Citarasa Rinduan said...

KC, kalau lah pokok duit2 boleh jadi duit sebenar..
ayu nak tanam banyak2..

tapikan, kat kedai ayu, mee goreng rencah sotong, ayam atau daging, ada telur dalamnya dan sayuran rm 3.50..

MasZuber said...

memang sekarang sumer naik. yg saya terkejut, last week basuh kreta saya yang kecik tue pun 15 hengget. x bleh terima betul!

PUTUBAMBU said...

dulu lain...
sekarang lain..

sekarang byk yg cekik darah!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

semua mahal skrg ni kak

MamaYatie said...

betul la kak chik..dulu RM5 cukup sngt dah makan lunch...skrg..umppp...RM7-10 huhu

Ardini Humaira said...

fuhh...
mahai nau nih...

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak chik betul tu ,kantin tempat keja cik ina , paling murah pun RM4. barang dah mahal.,

alinac lover said...

mmg smua mahal kak kan

Suara Kalbu said...

Betul tu Kak Chik,

Kalau nak lunch skrg ni harus ada setidak-tidaknya RM10 dalam wallet.

Breakfast nasi lemak lauk ayam sekarang pun dah RM4.00.