Saya sentiasa percaya .. manusia boleh berubah. Dengan kesungguhan, kematangan dan izin serta restu Allah SWT, InsyaAllah.
Ni nak 'flashback' sikit. Masa umur saya sekitar 20an, saya panas baran. Pantang silap sikit, melenting. Salah sikit, marah. Susah betul nak kawal emosi.
As times goes by, saya mula berubah sikit demi sikit. Saya mula dapat mengawal emosi. Saya tak lagi kecoh, tak lagi marah-marah dan tak lagi melenting ketika dilanda krisis. Saya lebih banyak berdiam diri dan bermuhasabah. Fikir banyak kali .. timbang kanan .. timbang kiri. Saya percaya tiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya lebih suka mencari "punca" dari menunding jari ke sana sini. Dan saya percaya, berdiam diri dan mengawal emosi itu lebih baik kerana dengan emosi yang lebih terkawal, saya dapat berfikir dengan tenang dan menghasilkan keputusan yang berasaskan "rasional" bukan "emosional".
Segala perubahan positif tersebut berlaku dengan sendiri, tanpa saya duga dan jangka. Mungkin dugaan demi dugaan, peristiwa demi peristiwa dalam hidup yang mendorong kepada perubahan 'positif' tersebut. Saya bersyukur dengan rahmat Allah SWT yang telah mengurniakan saya dengan kehidupan yang mencabar.
Saya percaya, tiap dugaan itu mematangkan. Tiap kesusahan itu mendewasakan. I believe that u have to go through a hard way to be a better person. Perlu lalu jalan sukar untuk menjadi insan yang lebih berkualiti.
Kita boleh berubah ke arah yang lebih positif. Asalkan ada kemahuan dan kesungguhan, pasti ada jalan.

16 comments:
wow, nak sangat jadi mcm kc, dapat handle marah & emosi, kena byk belajar muhasabah diri kan
positif! positif! yeah!!!
SALAM,
SETUJU SANGAT. KITA SEMUA BOLEH BERUBAH KE ARAH YG LEBIH BAIK DAN BERTERUSAN. TERUSKAN KEAZAMAN INI
fighting!!=)
positif positif :)
Iya saya juga mengharapkan perubahan, sekarang ni saya memang cepat baran, sikit2 nak marah..
KC,
Sy tgh try to be optimistic n positive. Cewah! Ape nie? Ckp rojak!
qema pun cuba gak nak kikis sikap panas baran ni...harap2 berjaya nanti..
kalau semakin meningkat umur kita masih lagi bersikap yg lama..semua org akan lari dari kita..
KC leh jadi part time motivator lah..i loikeee :D
Betul tu Ella. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaAllah. :)
owh kakak..tepat sekali entri nie dgn situasi saya sekarang..hihi..
saya sedang belajar berdiam diri..bermuhasabah..tak cepat melenting..tapi masalahnya bila kita diam org pulak rasa sakit hati..hihi..
tu ah.. aida pun sedang belajar berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelum ni!
sgt setuju kc... masa boleh mengubah kita menjadi yg lebih baik...
harap2 izan pun akan berubah jd org yg lebih sabar cam kakak KC tersayang....
when the going gets tough, the tough gets going.. :)
Umur pun dah meningkat KC..Buat apa Panas Baran..Nanti nampak mcm pendek akal dan iman
wiser with age... :D
entri ni b pengajaran pd saya.patutnya saya diam bila terluka.t kasih kak
Post a Comment