Buat laju-Laju dan tak mabuk attention

Tuesday, November 15, 2011

Tak da pilihan. Kena buat laju-laju jugak sebab masa 'is rushing'. Hihihi. Even the start of the day is very good because laluan ku adalah sangat 'clear', ada agenda peribadi yang terpaksa di batalkan sebab saya buru-buru sangat harini. Kena dulukan yang betul-betul perlu. Yang kurang perlu kita letak tepi dulu, esok-esok kita tengok balik eh.

Ada orang kata kita 'sombong' sebab muka tau nak senyum*Uncle Gedek lagi masam mencuka tapi tak sombong pun*

Ada orang kata susah nak 'approach' kita sebab kita suka buat tak tau je. Hurmm .. tak kenal tak cinta .. kalau dah kenal terjatuh cinta nasib ko le. Hihihi. Actually, kita kurang masa untuk sessi berbual mesra. Serius. If u are new here and your job are not related to me, memang payah ler nak bermesra dengan kita. Tak kuasa kita nak pegi kat dia semata-mata nak tanya duduk kat mana? umur bape? ada boyfriend ke? Eh .. aku bukan Polis Pencen dan bukan Busybody. Sori.

Lagipun, knowing my character, kita ni jenis yang akan ambek tau hal-hal sekeliling kita jer. Kalau duduk rumah, kita duk diam-diam. Tutup pintu tutup tingkap .. senyap. Selalu jiran komplen .. Kereta ada, orangnya macam tak ada. Mungkin stress kerja, stress kat jalanraya buat kita kalau dah sampai rumah, nak rehat je, malas nak bersosial.

But that doesn't mean kita tak mix around, kan. Sekali sekala, minum petang makan 'Cokodok' kat rumah jiran. Selalu gak tukar-tukar hidangan dengan jiran. Setakat berbalas SMS dengan jiran .. eleh .. aku memang Ratu SMS pun.

Lagi muka sombong. 

Sukati korang ler nak cakap apa, nak berprasangka ke. Manusia ni pelik, kan*macam la aku ni 'alien' Haha*

Macam ada sorang tu, selalu kat belakang cakap 'admire' kita, suka tengok kulit kita, suka kalau dapat tips dari kita .. tapi depan-depan dia Ego. Dia ni karakter pelik sikit .. dia takkan puji dan kalau orang puji kita dia mencebik. Paling ketara dia akan jeling sekilas. Motif? Entah. Kita tak mintak dipuji pun tapi heran bila dia sakit hati bila kita dipuji. Pegi la marah orang yang puji tu. Marah dan sakit hati dengan kita buat apa. Apa da ..

Kita tak kemaruk 'attention' dan pujian pun. Apa yang ada semua kejadian atau ciptaan Allah SWT. Kita tak buat apa-apa 'renovation' .. tak da botox .. tak da plastik. Sume ori. Hihihi. Eh .. terlebih lak meluah kat sini. Kang ada lak yang menyampah baca. Jangan menyampah ye. Saya tak berniat menyindir sesiapa. Sekadar sebuah Entry mengenang satu peristiwa di waktu muda untuk kenangan di hari tua nanti. Eh ... muda ke? jangan nak perasan Ella .. kau tu lagi 2 tahun "Life Begins at Forty". Hihihi.

Got to go lah. Tender .. tender .. tender .. Letters .. Site Visit .. tender ..




You Might Also Like

22 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail