Monday, February 20, 2012

Kejadian dan Sebab

Tidak akan terjadi setiap kejadian itu tanpa izin dan restu Allah SWT ~ Susah sangat kah kita sebagai manusia untuk menerima?

Bila tengok lelaki lembut .. kita mencemuh dan menghina. Kesian. Bukan kesian kat dia tapi kesian kat diri kita sebab tanpa disedari kita menghina ciptaan Allah SWT. Kita ingat kita hebat, kita sempurna tapi sebenarnya lebih rendah darjat kita di sisi Dia bila kita menghina dia.

Bila terjadi sesuatu peristiwa, kita mengutuk, membenci malah mencaci. Kesian. Bukan kesian dekat mereka tapi kesian kat diri kita sendiri yang lupa bawah takkan berlaku kejadian itu tanpa izin dan restu Allah SWT.

Kita lupa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia tau apa yang terbaik untuk tiap hambaNya. Dan kita? Kita siapa nak menghukum mereka? Kita pun banyak cacat cela. Tak sempurna.

10 comments:

Mak Wardah said...

KC really tersentuh dgn n3 ni. Betul tak ada siapa yang sempurna dlam hidup ni.

kakcik said...

Bila kita menunjukkan kelemahan orang lain, secara tak langsung kita juga mendedahkan keburukan kita. Wallahuaklam.

Mamaleesya said...

betul tu kak ella, menghina orang sama lah seperti menghina ciptaan Allah. Mereka pun tak minta jadi camtu.

Pok Amai-Amai said...

KC, kita semua kan lebih suka nak ambil kisah sbg modal utk mengata. Ms tu, ramailah yg jdk ustaz-ustazah tak bertauliah. Haishhh!

Mak Lagenda said...

Setuju KC.

Mak slalu ajar2 anak2 mak, jgn pandang rendah pd org lain..jgn hina org..sbb kita sendiri tak sempurna dan kita sendiri x tahu dimana pula tempat kita di sisiNYA kelak

qemaishak said...

Selalu ingatkan diri sendiri, jangan menghina orang kelak Allah bagi balasan, tidak untuk kita untuk anak cucu..minta dijauhkan.

kakyon said...

satu jari menuding kesalahan orang..tanpa sedar ada 3 jari lagi menuding kearah diri sendiri..
lama tak jumapa kakchik..;)

Chekgu Azrine said...

setiap manusia mesti mempunyai kelemahan masing2.. dan jangan jadikan kelemahan manusia itu sebagai satu penghinaan kepada mereka..

munna said...

setuju dgn KC....

muhasabah diri di buatnya....

Cik Ina Do Do Cheng said...

seelok-eloknya kita doakan yang terbaek buat dorang. kita pun ada kekuranagan sana sini.cik ina banyak kawan lelaki lembut : )