Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Spa kaki dgn Zana, Nani dan Yanti

Misi rehat dan cantikkan diri sempena cuti 3 hari berakhir dengan aktiviti memanjakan kaki yang banyak jasanya membawa kita ke sana sini. Amboii Kau Ella .. Mula-mula stim rambut, pastu facial dan aromatherapy masage dan last sekali ber Foot Spa. Wahhh .. Lengkap!! Dompet tu pun makin tipis ok .... Hihihi. Owh .. BTW, tiga org bestfren iaitu Kak Zana, Yanti dan Kak Nani ada bersama saya untuk acara manjakan kaki.

Kita makan dulu. We went to HOMST for lunch before start. Pastu jalan-jalan. Area Dataran Sunway ni memang best!! Banyak Butik baju cun-cun ada kat sini. Kak Zana dan Yanti did some shopping.  I? Tumpang gembira tengok kawan-kawan bawak paperbag dengan rasa riang ria. Hepi eh Kak Zana dan Yanti.

Masa untuk 'Foot Spa.' Enjoy kami bersandar berlima atas sofa sambil kaki direndam dalam sinki yang airnya beraromaterapi.

Foot scrub ~ untuk buang daki yg tak terlihat dek mata kasar

Bungkus kaki lepas sapu "Lavender lotion." Kalau harapkan diri sendiri, memang tak terbuat benda-benda camni, kan. 

Alat-alat operasi.

Sempat pejam. Sempat sebab staff sorang, kaki yang nak cantik 4. Bergilir le kita. Kak Zana siap dulu sebab tapak kaki dia paling cantik, tak da 'callus' atau kulit keras tak macam tapak kaki kami bertiga. Nampak sangat yg kaki kami bertiga kuat kerja dan kaki Kak Zana sangat manja. Hihi.

Gurau  ... gelak. Kami ber empat memang serasi bersama.

Ini Alisya. Alisya!! Budak comel dengan senyum menawan yang .... Alaaa .. sapa la tak kenal si Yaya dalam cerita Boboboi ni, kan. Beauty with shining smile. Seriously, bab senyuman Keknis dan Kekna kalah. Eh .. jgn marah.

Kak Zana 'add on' with Manicure. Pasni result exam student mesti cantek, sebab di 'mark' oleh jari dan kuku yang molek. Hihihi.

Yeahhh .. itu dia Professor Dr. Rozzana kesayangan saya

Dah siap semua, kami pulang dengan kulit kaki lebih gebu dari pipi. Dan kita makan dulu di Fullhouse dengan mood tersangatlah hepi dan puashati.

Yanti with Iced Korea Lemon Citron Tea. Serius sedap. Len kali datang boleh order lagi.

Chicken Chop with Raisin Sauce ~ Agak manis tapi still ok lah. Korean Xin Noodle ~ Sama macam Mee Maggi tapi harganya .. RM10.90. Kahkahkah. Mahal sungguh harga semangkuk maggi buatan Korea ye.

Alisya tak sabar nak makan "Lamp Chop" but Untie Ella said .. SMILEEEE. 

All in .. all in .. we were very happy with the moments that we spend together since we are always busy with the hectic job specs, family commitments .. etc. And for me, i'm very happy with my life dimana i belajar untuk seimbangkan kehidupan. Kalau cuti panjang CNY haritu i spend quality time with my parents, adik beradik dan famili, cuti kali ni i cuba luangkan masa dengan kawan-kawan. I believe kita harus bijak bahagikan masa yang ada untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk anak, untuk kawan-kawan so that we appreciate every moments of our life. Lagipun i ni bukanlah ramai kawan sebenarnya but if you read my blog, u know that i'm a very loyal friend. I loves people surrounding me so much. Tak kesahlah kalau ada yang kutuk "Eleh .. balik-balik orang tu". Nak buat camna, i ni jenis yang kalau serasi berkawan, i pegang tali persahabatan tu ketat-ketat dan berdoa agar berkekalan. I think i have only one wish .. I want to make my 'kesayangan' happy cos when they happy, i'm happy too. Bahagia datang dengan berbagai cara, kan.

BTW, ada banyak lagi cara untuk manjakan kaki ~ Di sinisini dan juga sini. Korang baca la ye.


23 comments:

Cik Lily Putih said...

seronoknya berspa kaki. murah ke package dia k. ella?

Melati Qistyna's Mummy said...

Geli la kalau org pegang2 kaki... Hahahaha

faraherda.razalan said...

Wah! Sy pun nak g manjakan diri la. Pastu nak mkn detox food. Biar kuar seme kotor2 dlm badan nie. Hiks~

el said...

tingin nak wat foot spa ni..betul tu kaki el pun keras2 kat tapak kaki tu...betul kata kc...keje kuat tu hahahaha

SYANI said...

Bestnya kalau ada orang urut2 kaki kan KakCik.. Mengantuk dibuatnya...

qemaishak said...

Tak pernah berspa kaki..best juga kan.

aDisH.sHidA said...

waaaaaaah bestnya....dah lama x spa kaki nie....

cheqna said...

wah besh ni kalau buat jugak ni

Liza @ Adzriel AB said...

olor jelesnya. lastweek je sempat berspa muka.

Izan Ishak said...

syoknya KC ber foot spa dengan kawan2 baik.... yg paling best part makan2 tu... huhu...

Ati Masrif said...

gelak kita baca kulit kaki
lg gebu dari muka
kaki kita ni tak pernah cuba
sejak azali ..mesti keras mcm
buah kelapa...haha~

p/s: yanti tu cantiklah
dia blogger ke ella :)

najihah sahami said...

akak..nape xmention harga sekali. lain kali leh mish terjah. hehe

kakngah said...

waaahh...
syiok ada orang gentel2 kaki kehkehkeh!!

kakngah nak melayan spa bagai kene tggu anak2 besar dah pandai jaga diri sndiri.. baru aman nak berspa.

sahromnasrudin said...

tgk pic nie, jelas terpampang keceriaan di wajah masing2..hepi sgt2 kan

wahida said...

saya pun jenis tak ramai kawan baik...tapi once kalau saya dah kawan ngan org tu dan saya rasa dia ok ngan saya, saya akan sayang dia sampai bila2...

Farah Shamsudin said...

wah kak..seronoknyee...

Anonymous said...

dah lama teringin nak buat spa kaki, tapi segan nak pergi sorang hihi

cikpuanhady said...

waa..beshnya KC dapat memanjakan kaki bersama kenkawan..

Sheherazade said...

pia rase bahagis bace n3 ini,membayangkan diri ku terselit disitu juge ;D

kakrose said...

haah kan kakchik..bahagian kaki yg selalu di lupakan.dialah yg mananggung beban selama ini.apa salahnya memanjakannya sekali sekala kan..

Mooniqueen said...

Selalu gi yang body je, kaki tak pernah try lagi...nak try la nanti...mesti best je rase..lepas dh bt tu nak pijak mana2 mesti sayang je kaki tu takut kotor,,.hehe

kasihredha said...

nak ikuttttt...suke

CT said...

akk x penah buat spa kkai...bestnya...kat jb ada tp macam x beratkan sangat...hihihi