Membaca ~ Ilmu dan Guru

Thursday, February 16, 2012

Orang kata Membaca jambatan ilmu .. tapi tengok jugak bahan bacaan yang kita baca. Kalau membaca yang bukan-bukan .. ilmu tah apa-apa la yang kita dapat nanti. Betul tak?

As for me, hobi membaca bermula dari umur belasan tahun lagi. I enjoy reading. Ada masanya bila  semangat berkobar-kobar nak membaca tapi bahan bacaan tak ada, suratkhabar 5 tahun lepas pun jadilah. Gila, kan. Hihi. Saya jadikan hobi Membaca itu untuk menambah ilmu. Membaca membuka ruang minda .. mengubah cara saya berfikir .. membuat saya melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya macam ni, membaca buat saya jadi macam tu. Saya rasa, selain dari pengalaman dan kejadian, membaca turut menjadi penyumbang besar dalam kehidupan. Tapi tak tau la pulak saya kalau ada orang yang suka membaca tapi tak membawa apa-apa makna dan perubahan dalam hidup dia. Means, sekadar hobi, suka-suka tapi tak dapat pengisian jiwa. Ada kot yang macam ni?  Tak kesahlah .. lain orang lain cara dan penerimaannya, kan. Seiring dengan peningkatan usia dan tahap kematangan, rentak bacaan saya juga mula berubah tapi jiwa penyayang saya tetap memilih tema 'cinta' dan kasih sayang.

Novels of the month :~ 
Novel-novel impian dari penulis-penulis hebat seperti Tan Sri A. Samad Said, Habiburrahman dan Ismad Astar .. pertama kali baca Novel dia bertajuk Antara Safa dan Marwah. Dah mula baca malam semalam .. menarik jugak cerita dia tentang seorang Ahli Perniagaan bernama Syed yang berpengkalan di Jeddah membesarkan anak perempuannya tanpa isteri. Walau tanpa isteri, anak dia lengkap ilmu agama .. bisnes berkembang maju hingga ke peringkat antarabangsa atas niat jihad dan harta untuk sedekah jariah. Novel ni tinggi nilai murni, sarat dengan nasihat dan pengajaran. Tenang jiwa baca novel ni.

Dan cabaran seterusnya dah tentulah menghabiskan satu lagi novel pembangun minda yang popular bertajuk Ketika Cinta Bertasbih ni. Jangan sampai tak tidur malam sudah la ye Ella. 

You Might Also Like

15 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail