Lepat Pisang

Thursday, February 23, 2012

Antara banyak-banyak Pasar Malam, Pasar Malam Paya Jaras yang terbaik. Dari sayur dan ulam-ulaman kampung sampai ke sayur moden lagi mahal seperti Brocolli, Asparagus dan Cauliflower ada jual di situ. Harga pun sangat berpatutan. Tak sedar sekeping demi sekeping duit kertas keluar. Hihihi.


Lepat Pisang, Lepat Ubi dan Pulut Panggang yang dibeli di Pasar Malam Paya Jaras. Tiap kali nak beli lepat mesti tanya "Ada inti tak?" Kalau ada baru kita beli .. sebab kita tak suka lepat kosong. Tapi sayangnya, lepat yang kita beli ni intinya kelapa manis. Kalau kelapa bergaram yang sikit-sikit masin tu lagi best, kan. Alahaiiii .. bila tak puas hati mula la rasa nak buat sendiri. Kita pandai tau buat Lepat. Eh .. bukan setakat lepat, pulut panggang tu pun kita boleh buat. Tapi tu la .. setakat nak makan 2, 3 orang .. berbaloi ke?

You Might Also Like

15 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here