Thursday, February 16, 2012

Membaca ~ Ilmu dan Guru

Orang kata Membaca jambatan ilmu .. tapi tengok jugak bahan bacaan yang kita baca. Kalau membaca yang bukan-bukan .. ilmu tah apa-apa la yang kita dapat nanti. Betul tak?

As for me, hobi membaca bermula dari umur belasan tahun lagi. I enjoy reading. Ada masanya bila  semangat berkobar-kobar nak membaca tapi bahan bacaan tak ada, suratkhabar 5 tahun lepas pun jadilah. Gila, kan. Hihi. Saya jadikan hobi Membaca itu untuk menambah ilmu. Membaca membuka ruang minda .. mengubah cara saya berfikir .. membuat saya melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya macam ni, membaca buat saya jadi macam tu. Saya rasa, selain dari pengalaman dan kejadian, membaca turut menjadi penyumbang besar dalam kehidupan. Tapi tak tau la pulak saya kalau ada orang yang suka membaca tapi tak membawa apa-apa makna dan perubahan dalam hidup dia. Means, sekadar hobi, suka-suka tapi tak dapat pengisian jiwa. Ada kot yang macam ni?  Tak kesahlah .. lain orang lain cara dan penerimaannya, kan. Seiring dengan peningkatan usia dan tahap kematangan, rentak bacaan saya juga mula berubah tapi jiwa penyayang saya tetap memilih tema 'cinta' dan kasih sayang.

Novels of the month :~ 
Novel-novel impian dari penulis-penulis hebat seperti Tan Sri A. Samad Said, Habiburrahman dan Ismad Astar .. pertama kali baca Novel dia bertajuk Antara Safa dan Marwah. Dah mula baca malam semalam .. menarik jugak cerita dia tentang seorang Ahli Perniagaan bernama Syed yang berpengkalan di Jeddah membesarkan anak perempuannya tanpa isteri. Walau tanpa isteri, anak dia lengkap ilmu agama .. bisnes berkembang maju hingga ke peringkat antarabangsa atas niat jihad dan harta untuk sedekah jariah. Novel ni tinggi nilai murni, sarat dengan nasihat dan pengajaran. Tenang jiwa baca novel ni.

Dan cabaran seterusnya dah tentulah menghabiskan satu lagi novel pembangun minda yang popular bertajuk Ketika Cinta Bertasbih ni. Jangan sampai tak tidur malam sudah la ye Ella. 

15 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Ella,

Orang bijak selalu kata "Bila kita membaca seolah-olah kita bergandingan dengan orang2 yang bijak pandai".

miloais milo said...

iols oun suker gak membaca -
selain beli buku - selalu gi pinjam kat library...
elok banget membaca ni...

Hanis Azla said...

membaca meluaskan pandangan dan pengetahuan.. itulah yg saya dpt dr membaca.. itu yg membuatkan saya seronok membaca..
best novel ketika cinta bertasbih tu kakchik..saya suka..

Irfa said...

saya juga kaki novel..minat dr zaman skolah rendah.sanguup makan cepat2 sbb nak gi library ;)minat kini menurun pd anak sulung saya .

skrg jarang mmbeli tp sib baik ramai kawan kaki novel..pinjam je la :)

wahida said...

saya kalau dah start baca novel pun sanggup tak tdo mlm...huhu...

Hans said...

saya suka juga baca
tapi sekarang tak dapat beli novel baru sebab duit tak cukup
heheheh


Assalammualaikum..Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 :-

1) Klik Semua Share Button(Facebook, Twitter, Google + dan LinkedIn)

2) Komen di entri ini LEBIH Dari 7 Perkataan

http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans

Tina Othman said...

bestnya, tina baca buku time kayuh basikal, sebab tu je masa yang ada kan hehe

munna said...

SAMA NGAN MUNNA..BILA SEMANGAT MEMBACA TU DTG..HABIS KELUAR MAJALAH2 LAMA DI ULANG BACA SEMULA

Mr.Clive said...

nanti boleh bagi review buku2 ni...manelaaa tau dijadikan movie...hehe

Ati Masrif said...

membaca novel tebal2 ni
dah lama kita tinggalkan ella
hanya sempat baca 3 -2 paper
sehari pun dah rasa ok buat hsewife
yg sokmo takde masa utk diri sendiri..huhu

PUTUBAMBU said...

kita pun suka membaca kak..

pantang kalau ada peluang membeli.. ada jek buku yg dibeli..

la ni nak start kumpul buku biography pulak

* kita ada buat satu review harini

lieyalatif said...

mmg hobi yg bagus ni sis....takkire le bace novel ke magazine ke....lieya dulu mmg peminat novel sis....bile dah start bace sanggup tak mkn tuuu punye laa nak abis n nak tau ending he he he.....

Pok Amai-Amai said...

Sy suke baca. Tp bt ms skg, sy kena hold dulu hobi sy. Payah nak baca bile ade anak kecik ni.

=D

qemaishak said...

Baca novel ni, selagi tak habis duk igt tang tu je..kena habiskan juga hihi

Denaihati said...

askm. setuju sangat kalau membaca yg bukan...ilmu tah apa pulak yg kita dapat.kalau sekarang sy memang xbolehlah nak baca novel cinta2 remaja.