Tengahari Jumaat

Thursday, February 23, 2012

Tengahari Jumaat yang panas. Sesuai untuk memerap bawah gebar atas katil dengan "aircond" berkelajuan maksimum. Tapi sayangnya kita kat opis .. mimpi je la benda-benda camtu. Hihi. Hajat hati mahu gunakan tengahari ini dengan manjakan diri di salun sambil rambut dicuci dan diurut ubun-ubun*salun depan opis je* tapi Kak Senah dan Sanisah Ruslin "insist" on "makan .. makan .. dan makan". OK lah .. demi sahabat tercinta, i kerah tapak kaki ikut jejak mereka. Dari opis ke resto, ke Supermarket, ke resto balik .. ai lalu depan salun tu dgn telan air liur je le. Hihihi.


Sayur labu masak lemak, Kubis goreng, Rendang Ayam dan Sirap Bandung = RM6.00.
OK ke harga tu? Saja tak ambek nasi sebab pagi tadi dah makan Nasi Goreng Sardin yang meletop hasil tangan Kak Rosnah. OK. Panas sudah bertukar hujan. Harap-harap jalan tak "jem" petang ni hendaknya.

OK. Bandung sudah bertukar warna setelah digaul seenaknya. BTW, Bandung soda "the best", kan. And FYI, Sirap Bandung dan Mee Bandung milik orang Malaysia .. bukan resepi dari Bandung, Indonesia. Hihi.


You Might Also Like

15 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here