Hari Riang Ria

Tuesday, May 29, 2012

I donno how to say .. but since Monday, deep inside me .. i feel so happy ... so cool and relaxed especially after my Aero session last Monday. Bahagia dikelilingi kawan-kawan yang bila peha kiri i dicubit .. peha kanan diaorang yang lebih terasa sakit. They feel sad and bad for me. Infact i can feel that their sadness is more than mine. Haihhh .. Terima Kasih la kawan-kawan. Terus terang cakap, i dont have many friends. Sampai orang kata ~ Elehh .. balik-balik muka tu. Tapi i tak kesah .. yang penting kualiti .. bukan kuantiti. The best thing is keakraban kitorang yang dah macam adik beradik. Tegur menegur .. kena marah dan dimarah .. hari ni i 'emo' dengan dia  .. esok-esok dia 'emo' dengan i .. bila dah ok Hai .. hai .. I miss you*Hugs*

Gurauan kitorang macam adik beradik .. kutuk-kutuk manja tanpa prasangka. Gaduh kitorang pun macam adik beradik. Ingat lagi tak camna gaduh adik beradik? Hmmm .. camni .. Adik beradik kalau bergaduh, sekejap je, pastu dah OK balik .. tak berpanjangan dan tak membawa kepada perpecahan. Nama pun adik beradik .. dah tentulah menerima kekurangan dan kelebihan aku, kau dan dia. Hari ni i sentap dengan u .. Esok-esok u sentap dengan i .. pastu mengadu pun takat dengan ahli keluarga je .. bukan untuk memburukkan tapi sekadar untuk berkongsi cerita dan bermanja-manjaan. *tetiba rindu nak golek-golek atas katil dengan Adik dan KY*

Contoh Gaduh Manja Adik Beradik berdasarkan pengalaman :-
Dalam adik beradik kita, kakak saya KY paling garang dan tegas. Dia kalau nak marah dia marah je .. tak da cover-cover .. sampai terasa dan merajuk kita. Masa tengah 'emo' dengan dia, harusss la 2, 3 hari takmo cakap dengan dia .. tapi bila rasional berjaya menyingkirkan emosional ... mula terbayang kenangan indah ..mula timbul rasa kasih sayang melimpah ruah pada kekanda yang hanya seorang. Pastu baru sedar .. Elehhh .. aku memang salah  .. memang patut aku kena marah. Kita tak sempurna .. kita buat silap sini sana .. dan orang yang kita sayang adalah umpama 'Corrector' yang tujuan menegur bukan untuk menjatuhkan tapi untuk membetul kan. Maka hilanglah segala kecil hati, rajuk dan timbul lah rasa kasih sayang tiada sempadan.

Hmmmm .. Bila buat entry camni tiba-tiba teringat kata-kata my bestfriend Ms Wong. Dia kata .. hanya seorang sahabat yang baik akan berani menegur kekurangan, memarahi kesilapan .. takkan pura-pura mengiakan atau memaniskan muka dihadapan tapi memendam rasa tak puas hati lantas mengata di belakang. Hmmm .. betul jugak cakap Ms Wong tu, kan.

Hati berbunga-bunga .. riang ria ... bila bercakap tentang kasih sayang sesama insan.

Friends, i love you so much.
Adik Beradikku .. Kasih sayang kita dunia dan akhirat*Miss you all*
Mama dan Abah .. Terima Kasih atas didikan. Tak terbalas dengan wang ringgit atau apa jua.

And for Misz-Ella's blog readers ... Tqvm. Appreciate your visit doesn't matter who you are. 

You Might Also Like

20 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here