Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Masak lah

Kalau ikut malas, lebih baik hidup bersenang lenang tak yah masak buru-buru kejar masa pagi-pagi. Afterall yang nak makan pun sorang dua .. Aiman dan Abah dia je .. beli je la, kan. Tapi Misz-ella orangnya tak ada hati kering.  Sokmo tak sampai hati dengan orang yang dia sayang. Dia macam ni tau .. bila teringat Aiman .... Tinggggg .. terus bersemangat. Biasanya pukul 6:15-6:20 camtu Misz-ella memang dah masuk dapurlah. Ketang ketung ketang ketung .. pastu siap. Sambil-sambil tu hantar bau je la kat orang sebelah. Alalala .. cian jiran ai. Hihihi.

Nampak tak what Misz-ella try to say on my first paragraph? What i'm trying to say is bagaimana kasih sayang boleh merubah seseorang. Misz-ella yang tengah malas pun boleh datang rajin bila ingat orang tersayang. Wahhhh .. best la hidup berkasih sayang. Kasih sayang boleh merubah manusia. Power of Love is great okee. Hihihi.

Ini Ayam Cili Berserai.  Misz-ella beli setengah ekor ayam suruh dia potong "Tomyam".  Pandai tukang potong ayam tu .. faham dia apa Misz-ella cakap. Misz-ella gaul garam kunyit dan goreng.  Sambil tu kisar Cili masak + cili api + bawang besar dan sebijik bawang putih.  Dah angkat ayam, tumis cili tu sampai dia cili masak dan garing. Bila cili dah masak, Misz-ella letak sikit air, garam, gula dan sekeping air asam jawa. Pastu siap. Senang, kan.

Sawi Bunga Hijau kesukaan Aiman. Tak yah resepi la eh. Senang sangat-sangat-sangat cara membuatnya. Pejam mata pun siap. Hihihi.





10 comments:

el said...

betul2...untuk org tersayang apa sj kan hehe

eyqkagurl said...

salu bile teringat ayam, mesti macam2 masakan berkaitan dengan ayam yg kita nak reka.. tadi tengahari pun bt sayur goreng.. sedap tapi xcukuplah pulakk.. rase nk buat lagi jer.. :)

Rai Ourkizuna said...

sedapnya nampak ayam tu!!

KC, sejak semakin tak larat ni jeles tengok orang masak sedap2 utk yg tersayang..husband saya siap larang saya memasak sbb takut saya penat sangat..aritu masak sekali..esoknya terus mc. kepenatan.. tapi semangat nak memasak tu duk ada lagi.. sedih je rasa.. jeles...

diana said...

lagi2 kalau yang tersayang tu suka makan...lagi la bersemangt..kan???

Kniedaz said...

dua-dua lauk sedap...bestnya jadi Aiman...hehe

Nurul Ain Zulkarnaind said...

power! cepat siap hehe

ibuhebat said...

sedapnya kak... simple dan berkhasiat!

Kak yon said...

sedap tu..mintak sikit..:)

Im happy being alone said...

cam sedap je ayam tu..nak kena belajar ni..utk memikat org tersayang..hehe

pinky said...

sy klau tgk gambr KC psl mknan mst rasa nak mkn jam2 tu jugak... byk jgk resipi KC dah sy try tau...=)