Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Oh My Cooper

Selamat pagi Sabtu. Today got 3 invitations .. kita tengok nanti mana yang kena ye .. kalo boleh nak gi semua tapi apakan daya ... badan tak boleh dibelah 3.

Pagi Sabtu yang Misz-ella sempat rebus Nasi Impit dan masak Rendang Ayam buat santapan kesayangan.  Sempat menyapu dan mengemop lantai.  Perghhh .. gigih daku menjalankan kewajipan sebagai Ibu Rumahtangga.

Masak itu Terapi. Mengemas itu 'stress release'  .. Hehehe.

Nasi Lemak pagi Jumaat

Rendang Ayam makan dengan Nasi Impit. Kalo ada Kuah kacang lebih best. 

Sana sini orang updet status Keputusan UPSR.  Berkongsi kegembiraan .. Alhamdulillah. Tahniah buat semua. Masih jauh lagi perjalanan so teruskan usaha.  Tup-tup terselit Al-Kisah dapat kereta Cooper sebagai ganjaran dapat 5A. Terus kecoh laman FB.  Rezeki rahsia Allah .. dah kau mampu .. kita apa kesah?  Erkkk .. ada rasa nak tinggalkan kerusi empuk ber hawa dingin dan jadi Toke Ayam tak? Hihihi.  Whatever .. bersyukur kita pada setiap anugerah Kurniaan Allah SWT.  Makin banyak bersyukur .. makin Allah SWT gandakan ganjarannya.  5A, 4A atau apa pun Keputusannya, asal sudah berusaha sehabis daya, BERSYUKUR lah kita.

Oh my Darling Umi ... pinjam Cooper sehari. Akak Ella nak melaram ni. Tehehehehe.

Selamat Berhujung Minggu, kawan-kawan.











2 comments:

Raihan said...

Ameen..sama2 kita bersyukur atas rezeki Allah...Selamat berehat dihujung minggu..

Unknown said...

Harini pun mood akak mengemas mengemop lantai, mengalih perabut yg tak seberapa..sebab dah tk jadi pindah maka kenalah kemas balik mcm nk duduk sampai pencen hehe..