Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pstttttt .. Cerita Orang Perempuan. Ladies Only

Hello. This time Misz-ella nak sembang dengan readers perempuan sahaja. Abang-abang, Encik-encik duduk tepi kejap eh. Hari ni kita nak sembang tentang isu-isu wanita sahaja.

Isu pertama ~ Datang bulan. Untuk seorang perempuan yang normal, masih subur, tiap-tiap bulan 'bestfren' dia yang ni mesti datang. Seorang wanita yang subur akan mengalami kitaran haid setiap bulan dan salah seorang wanita tersebut ialah Misz-ella.


Haid ~ nikmat/keistimewaan Allah SWT beri kepada kaum Hawa kadangkala boleh mendatangkan ketidak selesaan pada kita. Nak pulak hari dimana kita mengalami symptom hari-hari 'heavy'. Nak buat apa-apa, kena fikir .. sebab selang 2, 3 jam kena tukar Tuala Wanita. Nak pergi travel, kena plan .. tu belum lagi emosi kadangkala ada masanya huru hara. Energy level drop. Tiba-tiba sahaja si Cergas ni cepat penat. Dalam hati terfikir, kenapa la aku penat sangat harini .. selang dua hari .. tup-tup .. laaa .. bulan nak datang rupanya *baru teringat* Dalam segala nikmat yang Allah beri kepada seorang perempuan, tiba-tiba dalam sebulan ada 7 hari Allah SWT jadikan seorang perempuan yang istimewa itu tiba-tiba merasa kenapa la jadi perempuan ni susah sangat? Sakit badan, sakit sendi, sakit ari-ari kerana datang bulan, emosi tak tentu hala, tahap tenaga menurun tiba-tiba, selera makan tiba-tiba bertambah, tekak sentiasa dahaga .. dan paling tak tahan perlu bawak 'pampers' ke sini sana.

Allah SWT tu sangat adil, kan .. didatangkan segala ketidakselesaan itu berserta dengan nikmat ~ Tak payah solat, tak payah puasa, tak perlu layan Encik Suami dan extra bonus untuk perempuan-perempuan yang suka melawa .. boleh la korang bermekap lengkap. Hehe.

OK lets talk about the 'tuala wanita' yang we are using. Korang guna jenama apa? 

Misz-ella buat masa sekarang sangat selesa dengan jenama ini. Whats yours?


Another thing nak share dengan ladies ialah Perfume Scandalous by Victoria Secret yang baunya sangat cun, seksi, wangi, sangat best sampai tak tau Misz-ella nak describe tahap mana best nya tapi memang best sangat lah bau dia. Perempuan yang suka menjaga penampilan diri, boleh la try perfume ni ~ sangat best aroma dia sampai Misz-ella rasa nak cium diri sendiri je. Haha.



Scandalous by Victoria Secret - Misz-ella beli yang 100ml terus sebab saya memang suka spray-spray dan spray lagi sampai saya puashati then saya akan gunakan sampai bottle tu empty. Yeayyy dah habis .. Kalau orang lain berjimat cermat takut habis, Misz-ella pulak puashati tengok dia habis .. that means i really utilised it, right. Lepas dah habis tu mula la .. lalalala .. jom kita cari apa lagi perfume best-best. Ella  ..  Ella .. bengong punya perangai. Haha.

Next nak share dengan perempuan-perempuan di Blog ini ialah koleksi terbaru ahli keluarga Mekap Misz-ella ~ The nude lisptick by MAC, 2 lip gloss by MAC, 1 palette by Estee Lauder, 1 lipstick and mascara by Estee Lauder and 1 Double Wear Stay-In-Place Makeup Foundation (Tester Kit) also by Estee Lauder. Nanti Misz-ella try pelan-pelan then i share dengan you all semua how it is, OK

Lagi 1 nak share dengan korang ialah, today i ate something new. I ate it with my blogger friends. First time Misz-ella merasa makanan yang sebegini. Sebanyak 12 masakan di Restoran ini Misz-ella dah try dan i tell you .. its so sedap. Nak pilih mana satu lebih sedap memang tak boleh sebab semuanya sedap. Hewwwwww  .. tak sabarlah nak share dengan korang semua. Tapi wait-wait-wait ye .. bersabar lah wahai Ella .. tak lari Blog mu dikejar. Haha.

OK Bye. Misz-ella nak gi buat kerja lain. Sedikit update buat mereka yang telah membuat pesanan untuk Vitamin C ~ All Vitamins will be posted out by today, 4th June 2015 and if Abang pos tak buat hal, it will reach your door by 5th June 2015. Harga baru untuk Vitamin C adalah RM75 plus pos. More than 10 bottles sold in a day, menunjukkan betapa anda semua sangat peka untuk menjaga kesihatan dan kecantikan seperti saya. Alhamdulillah. I am proud with all of you, ladies. Jom kita sama-sama jaga kesihatan dan kecantikan. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi kakak, nak jadi anak, nak jadi staff, nak buat apa pun dalam hidup ni kena lah sehat dulu. Kalau dah tak sehat, aptb *apa pun tak boleh* Haha. Ok Bye. Kali ni betul-betul Bye. Byeeeee.

2 comments:

safurara said...

teringin nya nk pepium picit2 gitu.hehehe

Mieza Everdeen said...

seram sejuk bila baca bab "bestfriend" dtg melawat tiap bulan. azabnya lahai, tuhan je tau :'( by the way, mieza rindu kak ella...