Lepak Ahad

Sunday, February 19, 2012

Mogok sangat la konon. Kita ni mana la tau nak merajuk lama-lama. Bak kata Aiman ... "Mama tak simpan dalam hati .. Marah sekejap je pastu ok". Betul la tu. Apa gunanya membina "sawang" dalam hati kalau akhirnya memakan diri. Cepat tua nanti, kan. Memang dah stail kita camtu .. "Tak puas hati .. cakap". "Dah cakap .. lega". OK .. dah boleh senyum to each other.

Hari Ahad .. konon tak nak pegi mana-mana. Konon nak rehat .. lepak kat rumah je. Ye la tu .. Lepak sangat la konon .. tak lepak langsung sebenarnya sebab dari pagi sampai malam, "macam-macam ada" .. tak berhenti kita buat kerja. Pagi masak Bihun Goreng untuk sarapan. Pastu siap-siap keluar untuk aktiviti cergaskan badan dengan 'aerodance'. Dah selesai gi minum dengan kawan-kawan balik singgah kedai beli itu ini untuk masak tengahari. Sampai rumah, ai terus pegang title "Chef" u.

Sotong Goreng Kunyit

Ikan Sardin Goreng Garing dan Ulam

Sayur Campur dengan Udang

Sup Ayam dengan Carrot dan Kentang

Sambal Kicap buat pelengkap 

Makan malam ialah Nasi Goreng Cili Api yang pedas lagi berasap. 

Hmmm .. camtu la cerita satu hari di hari Ahad bila Misz-Ella duduk rumah. Macam-macam nak buat. Lepas "lunch", angkat kain, lipat kain, mop lantai. Tu pun nasib baik petang tu gi kedai cari Udang tak ada, kalau tidak, mahu bercucur udang kita petang tu. Sebenarnya duduk rumah lagi penat, kan. Kerja rumah tak penah habis. Orang lelaki lain la .. diaorang rilek je, kannn. Kita nak kena buat macam-macam kerja. Itu la istimewanya perempuan, kan. Kalau kita tak ada mesti hidup diaorang huru hara. Bangga lah jadi perempuan. Hihihi.





You Might Also Like

22 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here