Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lepak Ahad

Mogok sangat la konon. Kita ni mana la tau nak merajuk lama-lama. Bak kata Aiman ... "Mama tak simpan dalam hati .. Marah sekejap je pastu ok". Betul la tu. Apa gunanya membina "sawang" dalam hati kalau akhirnya memakan diri. Cepat tua nanti, kan. Memang dah stail kita camtu .. "Tak puas hati .. cakap". "Dah cakap .. lega". OK .. dah boleh senyum to each other.

Hari Ahad .. konon tak nak pegi mana-mana. Konon nak rehat .. lepak kat rumah je. Ye la tu .. Lepak sangat la konon .. tak lepak langsung sebenarnya sebab dari pagi sampai malam, "macam-macam ada" .. tak berhenti kita buat kerja. Pagi masak Bihun Goreng untuk sarapan. Pastu siap-siap keluar untuk aktiviti cergaskan badan dengan 'aerodance'. Dah selesai gi minum dengan kawan-kawan balik singgah kedai beli itu ini untuk masak tengahari. Sampai rumah, ai terus pegang title "Chef" u.

Sotong Goreng Kunyit

Ikan Sardin Goreng Garing dan Ulam

Sayur Campur dengan Udang

Sup Ayam dengan Carrot dan Kentang

Sambal Kicap buat pelengkap 

Makan malam ialah Nasi Goreng Cili Api yang pedas lagi berasap. 

Hmmm .. camtu la cerita satu hari di hari Ahad bila Misz-Ella duduk rumah. Macam-macam nak buat. Lepas "lunch", angkat kain, lipat kain, mop lantai. Tu pun nasib baik petang tu gi kedai cari Udang tak ada, kalau tidak, mahu bercucur udang kita petang tu. Sebenarnya duduk rumah lagi penat, kan. Kerja rumah tak penah habis. Orang lelaki lain la .. diaorang rilek je, kannn. Kita nak kena buat macam-macam kerja. Itu la istimewanya perempuan, kan. Kalau kita tak ada mesti hidup diaorang huru hara. Bangga lah jadi perempuan. Hihihi.





22 comments:

Izan Ishak said...

kakchik... macam2 lauk ada ye. sumenya izan suka!

konon nak mogok ke? hehe... mujur majuk kejap je...

Ibu Darwisy said...

cayak la KC..erm KC tu sotong kan? hehehe..gitu la kalo dah namanye perempuan..fenatttt itu ini..fenat gak nak pikir nak msk ape..hehehe

Melati Qistyna's Mummy said...

Hehe, x smpi ati nak mogok lelama... :)

Anonymous said...

betul kc, duduk rumah non-stop buat kerja

sedap2 belaka menu kc hujung minggu, mesti non stop masak kan hehe

hana said...

kalau saya sengaja je laga2kan senduk dgn kualu tu bagi bising utk laki dgr..mmg tak elok la org dgr bising tapi saje nak bagi laki angkat punggong menolong..

kalau menyapu ke mop saya saje je bongkok2 depan dia suh angkat kaki la apa nak sapu & mop bawah kusi celah meja dia duduk tu..kekonon bz sgt la siap buat drama lap2 peluh bagai..=P

dgn laki kena main saiko sikit..jgn suruh direct..bila tgk saya ke hulu ke hilir buat keje rumah dia pening boleh la mintak dia tolong cuci toilet..=)

sahromnasrudin said...

sy tertarik dgn ikan sardin goreng garing tue...saya suka goreng mcm tue huhuhhh

aDisH.sHidA said...

sekali kak chik jadi chef penuh meja kan....waaaaaaaaaaaaaaaaaaah suka la makanan semua tu..eh eh kak chik yang atas tu sotong ke udang grg kunyit

Misz-ella said...

@aDish.sHidA & Ibu Darwisy ..

Alamak tersilap taip. Sotong goreng kunyit. KC dah betulkan dah. Hihihi.

Hanis Azla said...

kalau ddk rumah mmg selalu tak kering tangan ni kan kan.. ada2 aje kerjanya.. lepas tu kepala pun dok ingat nak masak macam2..

Cik Lily Putih said...

udang ke sotong tuh?

hanna said...

KC mang rajin laa masak . best2 je smua nampak :)

matahati-aishahazhar said...

betul tu KCE... lelaki ni rileks jekan.. klu difikirkan balik perempuan ni lagi gagahkan.. tang buat kerja jelah.. hehehe

Unknown said...

Salam,
Ooosh. Bangga jadi perempuan. LF pulak bangga jadi lelaki ! Kalau tak ada kaum adam ni, .....

Ztee_Azwanis said...

ye kak. kite ni otomatik jd semua nk bt bnda... tkleh tgklah bersepah, kdg2 laki ni kemas - kemas jgk tp keja tk sudah. tk mcm kite bt. kite pun tk puas hati kan klo org lain bt.. haihh.. mmg natural feeling lah tu kc yg allah bg kat stp wanita ni rasanya...


p/s : bila nk jmpa zte..? kata nak b4 23hb ...

faraherda.razalan said...

Suke dgn ayat KC - Apa gunanya membina "sawang" dalam hati kalau akhirnya memakan diri.

Cool!

Mmg duduk umah lagik penat dr keje kat opis. Adehhh! Sy pun merase KC. Lagi Aydin kecik g. Hahahaha! KC dah lepas da fasa tu.

=D

miloaiskurangmanis said...

kalo kat rumah - tak de makna nak rehat2 tak de buat apa2 kan???
payah sangat rasanya - nak dapat sejam dok melangut gitu...

Dr K said...

nasi goreng cili api..best..susah nak cari nasik goreng yg pedas kalau makan kat luar

My Little Diary said...

ish.ish..ish...
tgk sambal kicap tu
tak leh tahan...sedap

kasihibu said...

aduhai betul tu MLD
tengok sambal kicap tu pergghhh...masuk dalam sup dan hirup pergggghhhh........

Ardini Humaira said...

dni belum lunch lagi.. tunggu hubby balik.. hehe.. terliurnya udang tu..

ucubakery said...

kalau ucu lagi suka buat kerja rumah xde my laling, kalau ada mcm malas semacam jer...

tapi kalau bab mengemas kawasan luar wajib ada my laling, kalau tidak alamat tinggi lalang dari bumbung rumah...hahaha...

banyaknya masak....boleh sampai kemlm menu tu...

Kayna said...

wahhh... rasa lapar plakkk