Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bila kesayangan datang beraya ..

Perkara pertama yang saya nak buat sebaik menjejak kaki di rumah sendiri ialah nak beraya dengan rakan kesayangan. Rindu gila kat diaorang ..

Jiran saya, Nor. Baby sitter Aiman masa kecik dulu pun datang juga. Jiran-jiran lain masih bersuka ria di kampung halaman masing-masing. Amboi .. raya sampai lupa jalan pulang diaorang ni ye?? Hihi.

My wish come true bila kami berempat berkumpul camni. Kakak cantek saya iaitu Kak Nani, Adik cantek saya Ismayanti dan Kak Zana yang saya sayangi with families were at my house last Saturday nite.  Tak sabar-sabar nak jumpa diaorang walhal saya baru sampai dari Taiping pukul 1:30 pagi Sabtu tu. Demi rindu dan keinginan untuk raya bersama, saya berjaya siapkan serba sikit juadah buat mereka.

Alisya and the geng. Diaorang ni .. asal jumpa Alisya je suh buat suara "Yaya" dalam siri Boboboi. Sampai penat Alisya melayan. Hihi. Allisya looks very nice in the white baju kurung. Suci gitu.

Kak CT datang lepas pukul 10 malam. Amboi .. sakan dia beraya sana .. sini .. sinun. Pastu ada la lagi 2, 3 orang jiran datang. Dan jiran terakhir, Kak Zah selang 2 pintu dari rumah saya hanya pulang pada jam 12:30 malam. Wahhh .. hebatnya raya .. 

Esoknya saya ke rumah Aishah, rakan 'mobile business' yang saya kenal masa berniaga kat Bazaar Seksyen 13, Shah Alam masa bulan puasa. Mama Aishah masak Nasi Ayam Johor dan Bihun Goreng makan dengan sambal kicap. Sedap .. Pastu saya ke rumah Kakak cantek ,, rumah yang saya nak pergi di Hari Pertama Aidilfitri tapi tak jadi sebab 'plan' lari. Hmmm .. rugi besar kata Alisya. Hihi. Nampak tak kek putih kat atas tu?? White Pavlova by Ahmad Imran. Berbakat la anak kak Nani .. Kuah tumpah ke nasi ler .. Hihi.

Ada Nasi Bariani, Daging Bariani, Ayam Goreng dan Tahu Bakar. Sedap weih masakan dia. Hmmm ,, bab-bab masak ni bagila kat Model 80an .. mesti tak mengecewakan. Hmmm .. camtu la cerita Hari Raya dengan kawan-kawan versi 2011. Eh .. belum habis lagi sebab pastu kita pegi 2 rumah lagi. Wahhh .. sakan kita jalan sana .. jalan sini. Raya kat KL ni kan sebulan ... Hihii.



14 comments:

qemaishak said...

Betul tu kakchik..raya kat KL ni manjang je open house sana sini sampai ke penghabisan bln syawal nih..

selamat hari raya kakchik:)

Ibu Muda 30series said...

Bila wani boleh beraya kat rumah KC ni :)

safurara said...

akk kek tu sedap kak.

Sheherazade said...

Meriah, :)

nazirah said...

wah sakan kak ella jalan2 ek .. hehe

Melati Qistyna's Mummy said...

wahhh.... sakan beraya ye KC, org sok nak p open haus kawan :)

Kechik Itu Comel said...

bestnya ziarah menziarahi ni..=)

MISSNICK said...

wahhhh kak cik sakan beraya ye....bestnya...kita pun start esok dan weekend seterusnya rasa la plak beraya di KL sbb byk open house hehe

Ezzah Aziz said...

wey aku pun nak joint..awat hang tak jemput aku.

Pia said...

"wah meriah giler tu KC...slmt hari raya utk KC dan semua.."

Unknown said...

waaa nk try pavlova tgi tuuuuu

Unknown said...

nak kek 2..cam cedap..=) hehe..

Mek Onie said...

teringin nak g umah kak chik,kat saujana kan? kek tu sedap!

Anonymous said...

bestnye tgk kek tu...dap2!!!