Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kita suka Jepun

Kita suka pegi  makan  kat Jepun. Tiap kali pegi makan kat Jepun*Restoran ler* macam-macam kita nak. Kita nak Tempura, kita nak kacang, kita nak jeruk halia, kita nak ni.. kita nak nu .. Hmmm .. panjang bebenor cite dia. Udah-udah ler tu .. moh le kita layan gambor. Hihi.

Sotong comel dan Golden ball. Golden Ball ialah telur rebus digoreng dengan 'bread crumb' dipotong dua dan di 'top up' dengan crabstick dan Sushi sos. Dua-dua feveret kita. Nanti korang cuba 2 menu ni eh .. 

Rugi ler kalau datang sini tak ambek Tempura ~ sangat berkhasiat sebab digoreng dengan minyak sayur. Menu baru ~ Soft shell crab with vege Tempura. Cicah kicap.

Buat penggemar nasik, boleh le cuba "Fry Set" ~ Udang, keledek dan terung digoreng dengan sayur-sayuran dihidang lengkap dengan 'Steam rice', Miso soup, Desert Cawan mushi, Sayur jagung dan Yakult.

Salmon grill makan dengan jeruk halia. Jeruk halia tu sedap bukan main lagi. Rasa mau 'tapau' jer. Hihi.

Menu baru ~ Ginger Soda dan Honey Lemon Tea. Dulu-dulu sokmo kena minum Green Tea atau Ice Lemon Tea yang dalam kotak tu. Sekarang menu dia kat Sushi King dah macam-macam. Best!! OK .. Ok .. cukup lah kita berkongsi cite tentang Raja Sushi ni dengan korang sume. Ada sapa-sapa lagi yang suka Jepun? Kalau ada .. kita geng. Give me five*pap* tampo skrin je ler. Hihi.



11 comments:

Lydia Miza said...

akak untng sbb tekak leh mkn mcm2..adik ni tekak kampung dan melayu tulen..haha.mmg rugi tak leh rasa makanan pelik2 sket

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.chik..agaknya anak tekak atie xlalu nk mkn makanan jepun nie sbb maklum lar anak tekak melayu..hihi...

Memory said...

alamak kc... shera paling tak boleh nak makan makanan jepun... huhu

RynaHakimi said...

Nampak ekslusif makanan2 tu..sotong tu nampak sedap.. bilalah tok laki rina nak ajak gi makan makanan jepon nih.Bodek time anniversary nanti la..heheh

kathy said...

suka sangat2! tapi kat rumah ni xde sape pun suka.. x best cz xde kwn nk ajak p makan -.-'

PinKy MoMMa said...

aduh KC rasa nak cari malam ni jugak..tapu ganu tak de pulak huhu..teringinnyer nak makan golden ball tu..

pssttt jeruk halia tu memey sedap ke?

kakrose said...

kakchik..
dlm banyak2 menu tu..jeruk halia aje kot yg akk boleh mkn..

Cik Bambam said...

geram betol tgk sotong tuhhh.. huhu

Ibu Muda 30series said...

Gimme 5 la kakchik!

Wani pon sukaaaaaaaa JEPUN...hihii

mama aini said...

KC..ank mama sigegurl tu suka sgt ngan mknan kat sushi king ni..ha2x..mama & papa dia tak suka !!..mama & hb memang tak pernah nak cuba makan pun..he2x..

Unknown said...

WAA NK TRY