Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Menu Tengahari di Hari cuti

Di satu hari cuti minggu lepas .. hati tersangat la hepi. Boleh bangun lambat .. boleh masak sedap-sedap .. boleh borak dengan jiran sebelah lagi sebelah lagi sebelah punya rumah ... nak rehat  .. nak membelai mengelap rumah .. rindu weih nak lepak lama-lama dalam rumah. Wahhhhh ... macam la lama sangat tak jumpa rumah padahal tiap-tiap hari balik .. tak penah lagi kita lari dari rumah. Hehehe.

Disebabkan hari tu cuti .. no rushing .. no main kejar-kejar .. no hidup ala-ala "Emejing Res" .. so kita masak Ayam Masak Kurma untuk famili. Nak tau rahsia camna nak tambah kesedapan lauk ni tak? OK .. meh kita kongsi petua yang kita dapat dari Mak Mertua kita. Tumbuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih dengan bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Tumis sampai naik bau, masukkan Rempah Kurma .. pastu kacau-kacau sampai Rempah Kurma tu garing. Jaga api tau .. jangan kuat sangat nanti hangit. Bila dah garing rempah tu masukkan Ayam atau Daging pastu masukkan santan. Bila ayam dah empuk masukkan kentang. Pastu masukkan garam secukup rasa. Pastu korang try test lah rasa dia camna .. kalau dah secukup rasa, kentang pun dah empuk tutup api dan siap untuk dimakan. Hmmmm .. walaupun remeh sebab kena tumbuk itu ini tapi rasanya ... Sedapsss i tell you. Itu la kelebihan orang dulu-dulu, kan .. kalau masak mesti nak lengkap itu ini .. mesti nak rapi. Orang sekarang sume nak 'short cut'*termasuk la ai*  .. tak pe .. tak pe .. bab masak-masak ni tepuk dada tanya selera. In fact tak masak pun tak per .. kedai makan  banyak ada .. tapi kita dah terbiasa masak-masak ni. Kalau seminggu tak masak, boleh demam gamaknya kita ni. Hehehe.

Pastu kita buat Ikan Pari Tumis Cili. Yang kelakarnya Aiman cakap "Sedap ma lauk ni walaupun rupa dia setakat "Ala-ala" jer. Rupa "Ala-Ala" eh? OKOK. Len kali Mama mekapkan ikan tu lawa-lawa supaya meletop 'presentation' dia. Eh ?? Elololo anakku .. dah rupanya begitu, terimalah si Pari itu seadanya. Hehehe. 

Dan Vegetables of the Day semestinya lah Sawi Hong Kong kegemaran keluarga. Kali ni berganding dengan  Carrot Merah dan Cik Udang dan i tell you .. lauk ni habis dulu. Sawi datang dari Hong Kong la katakan .. harusla segera dimakan. Elehhh .. Hong Kong la sangat .. entah-entah tanam kat Batu Caves. Hehehe.

18 comments:

eelobor said...

oooo...suka borak2 ngan jiran2 sebelah rumah yer. kat area umah saya sekarang dah kurang suasana gitu. rindu suasana masa kat kampung dulu... sampaikan nak buat benda tak baik pun risau akan disampaikan jiran kepada mak bapak. hihihihi

el said...

oooo nti nak cubalah resepi ni..sllu msk kurma x tumbuk bahan rempah tu...sllu tumis gitu je..yg tumbuk just bm, bp, ngan halia..orite2..nti el cuba

msk cili tu mmg sgt sedapsss kan
tambah2 kalo myk tu yg x tahan hahahahaha

sawi kalo msk letak udang..mmg sedap gilosssss...:)

mamaRIFQY said...

meriahnye kak cik masak..kite pon dh lunch..masak sotong,grg ikan, sayur..heheh..kenyang!!

nuargto said...

Alahai.. Sedapnya.. Sekali tengok rasa lapar lah pula..;)

Cik Lily Putih said...

k chik,
nak resipi ikan pari tumis cili tu ek. nampak sedap lah plak.. apalah aiman ni kan cantik presentation tu

Rina Rahamat said...

demam eh kalau x masak seminggu..kita plak mcm nak demam sbb asyik masak hehe


tgk entri KC ni br teringat dh lama kita x buat entri masak-masak hehe

miloaiskurangmanis said...

dapat satu petua nak bagi kurma ayam mabeles...
thanks ye kakchik!

sokmo iols tak tumbuk - hanya tumis gitu aje rempah2 tu...

Filla said...

huwaaaa lapaqqqqqq!! lama tak masak kurma!!!

faraherda.razalan said...

Oh...kurma yg sedap kena tumbuk rempah ratus ye KC? Boleh try mcm nie. Nmpk sedap tu! Yummeh! Sambal pari sbnrnye kegemaran sy! Auwwww! Dan sawi tu jugak! Haishhh....simple tp simple tulah yg memikat!

matahati-aishahazhar said...

aduhai kak... lapar perut ni.. gigil2 dibuatnya... pari tu yg paling memikat hati.

Farah Shamsudin said...

KC, ha.. itu juga petua MIL saya kalau nak sedapkan kurma tuu.. memang mabeles laa..

laskar pelangi said...

aiyokkkk! terliur tgk hidangan tu la akak ku sayang...aishhh~ lapor2

munna said...

ayoyo...terasa nak pergi rumah KC je hujung minggu nanti

Dayang Deno said...

ini membuatkan nafsu nak makan datang tiba-tiba dengan keenakan makanan ni... hmmm

MasZuber said...

sawo hong kong ni byk tanam kat kemeren niee..

wihihihi terliur sudah...

Anonymous said...

oh first time dgr kena tumbuk sekali rempah 4 sekawan tu, selalu tu kan tumis je, dgn rempah tu, nanti boleh lah try

hOtMaMa said...

nyum nyum! sangat sedap & menyelerakan!!

alif2415 said...

yang udang tue nampak sedap!!!