Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Restoran Vietnam Delights, Ho Chi Minh City

Hello readers .. Kita KIV dulu cerita Jalan-Jalan di HCMC Bhg ke 2, ke 3, ke 4 dan seterusnya ye. Kita bagi laluan kepada Entry Makanan Halal di Vietnam ni dulu. Sebelum tu, many Thanks again to my friend Shema who recommended this restaurant to me. Sepanjang 3H/2M di bumi Vietnam, kami makan di sini sahaja tak pandang tempat lain dah sebab makanan di sini semuanya sedap-sedap .. suasana dalam restoran yang bersih dan sedap mata memandang dan paling penting .. Bersih. Bila dah tak larat sangat nak keluar sebab terlalu penat bershopping, angkat telefon dan kol sahaja dari bilik hotel .. they do delivery without additional charge right to your door step. Convenient, kan.

174 Le Lai Street ~ Boleh jalan kaki ke sini kalau u ols tau jalan. If not naik teksi 12,000 Viet Dong (RM1.80) sahaja dari Benh Tanh Area. FYI, restoran ni baru sahaja dibuka 2 bulan yang lepas.

Hari Pertama di HCMC, we called the restaurant and request for Food Delivery. I told my friends .. Kita kena jugak experience makan dalam restoran diaorang. Takkan nak makan dalam bilik hotel jer .. kalau gi honeymoon tu lain la, kannn. So we decided to have lunch at Vietnam Delights Halal Restaurant the next day.

After going through the Menu, we decided to take the Set Lunch - 12USD per person untuk 6 lauk tapi air kena order asing. Jom tengok apa kitorang makan jom.

Udang yang distim dengan Air Kelapa Muda. I tell you .. sedap gila seafood kat sini. Fresh sangat-sangat.

Fried Egg with Prawn

Vietnam Popiah ni kita "Add-On" ..  tak termasuk dalam Set Menu.

Asam Pedas Daging. Lain rasa dia .. tak macam tempat kita tapi tetap sedap. Ada daun kesum, ada serai, ada kacang bendi .. lebih kurang kita, kan.

This is our favorite lauk ~ Thousand Mile Flower with Beef. Kalau korang datang sini,  harus order lauk ini ye sebab bunga sayur ni, so far tak jumpa lagi di tempat kita. Sedap. Sedap. Sedap = SEDAPSSSS.

The Ayam Sambal at Vietnam Delights is superb!! 

Tuna Fish Curry. Susah sikit i nak komen sebab i tak sempat makan yang ni but according to Kak Zana .. lain sikit dari Kari orang Malaysia tapi tetap sedaps, katanya.

Nama air ni Snow White. Cute, kan.

Hello .. my name is Apple Mojito. I was made from combination of 4 fruit juice and Apple is one of them, definitely. This drink is cool .. so refreshing. Sangat sesuai untuk orang yang baru balik berjalan jauh dan perlukan kecergasan segera seperti kami.

Kami makan dengan penuh selera cos our tummy is very hungry and needs to be feed immediately.

Tengah syok makan .. tiba-tiba someone gave us semangkuk Ayam Masak Lemak. Hello En. Azmi ..  Nice to meet you. He is the F&B Director kat New World Hotel, Vietnam. Mekaseh banyak-banyak ye. Thank you jugak sebab sudi jalan kaki dengan kitorang masa on the way back to the hotel. Nice talking to you and look forward for discounted room price at New World Hotel*sambil kenyit mata kat dia* Hehehe.

And yang baju biru tu lah En. Mohamad Fazil, one of the Owner of Vietnam Delights Restaurant.  A young Malay Singaporean guy who dare to take the challenge to open a Halal Restaurant in Vietnam. Ex-Engineer who jumped into Food Business. Salute u lah Fazil. We chat .. we talked about interesting places in HCMC and Fazil offered himself to accompany us for another round of shopping the next day, bringing Azizah along with him. Thank you so much for the quality time spending with us .. 5, 6 jam jugaklah dia luangkan masa meneman kami ber shopping sana sini. We really appreciate that. Terima Kasih banyak-banyak dari kami semua.
Snow White, Cinderella, Apple Mojito, Virgin Miami Vice, Orange Delight dan bermacam lagi nama air buah-buahan yang unik dan best!! Kreatif la orang-orang Vietnam. Paling mahal air pun dalam 60,000 Viet Dong sahaja (RM9.12 based on 0.152 current exchange). Total spend for our 2nd day lunch is 76USD = RM233 dan bila dibahagi 5 orang = RM46 sahaja untuk lauk pauk yang enak dan sedap serta minuman yang marvellous camtu. OK la, kan.

Makanan yang kami order melalui telefon Hotel di hari pertama  ~ 3 Nasi Putih,  Ayam Halia, Ikan Tenggiri Sambal, Sayur Campur, Vietnamese Soup dan 5 Vietnam Coffee. Angkat telefon, order and the food will be at your doorstep within 20 minutes. Mudah, kan. And dont worry cos ada diantara pekerja restoran ni yang boleh berbahasa Melayu so tak da masalah komunikasi di sini ye, kawan-kawan. Total spend on food for the 1st night - 500,000 Viet Dong (RM76) .. boleh makan 4-5 orang .. RM15 je seorang. OK sangat-sangat la tu, kan.


This is Fresh Roll ~ Vietnamese Appertizer. Pun kitorang order dan suruh hantar ke hotel di malam kedua. Tengok la udang dia .. besar-besar, kan.  Dan kalau ke sini, jangan lupa order Pho ~ Vietnamese Noodle Soup yang tersangatlah sedap rasanya .. sampai hari ni my friends and me teringat-ingat. Haihh ..


All in .. all in .. our tummy was feed and treated well during our 3D/2N stay at HCMC. Sapa cakap tak banyak makanan halal? Sapa cakap makanan Vietnam tak sedap? The Pho, The Fresh Roll, The Vietnamese Soup taste good. Dan tetiba .. aku seperti mahu terbang lagi ke sana sebab according to Fazil .. Roti Vietnam .. Murtabak Vietnam .. Kuih Bingka .. sangat sedap rasanya dan banyak lagi makanan sedap dalam Menu disini yang kami belum cuba sebab tak cukup masa. Well .. well .. well .. jom kita ramai-ramai terbang ke sana ... *hanya dalam mimpi*. Hihihi.

For those of you who want to try Vietnam Delights during your stay in HCMC, sila print name card Fazil dari blog Misz-Ella ni and show it to the Taxi Driver. Sedap. Sure you all takkan regret punya lah. 


17 comments:

Qaseh said...

disebabkan kak yanti dah cerita banyak benda menarik tentang vietnam kami satu office nak pergi sana.

el said...

kc kijamm kc kijammmmmmmmmmmmmmmmmm
menu2 tu sgt2lah sedap n mavles tgk
ni betul2 wat perut el kpop x henti2 ni tau
rs nak balik cari popia pulak hehehehe
terbaik la vietnam ni

Ztee_Azwanis said...

waaaa bagus dhni kc kasi kontek.. baiknye en fadzil tu kan... harus cri die ni merangkap dpt cri makanan halal dgn mudah sekali...

next kc :)

Unknown said...

KC pergi ikut pakej ke? kena cari tuan punya restoran ni kalau ke sana.

Dr K said...

bagus...best entry ni..boleh buat panduan kot2 saya nak ke sana..:)

makanannya nampak menarik..

tgk u cerita dah teringat rancangan Rasa Halal Orient kat Astro tu :)

sekadar satu coretan said...

Air snow white tu mcm menarik jer..
Sedap takk..

MasZuber said...

huiiii...

terleleh air liur teman menengoknye...

Unknown said...

tu yg udang tu yong tingin nak skg jugak haha

Chekgu Azrine said...

tengok makanan2 kat sana.. rasanya boleh makan kot...hahaha.

miloaiskurangmanis said...

air snow white tu memang cute lah...

bagus banget entry kakchik ni....

Filla said...

wah best nye makan kat sana.. wan ngan atok kasihs pegi HCM vietnam esok!!!! haha

raihana said...

K.C@Ella,

Thanks sebab share tips yg berguna nie... November turn saya plak ke sana.... Tak sabar rasanya

Akak Kembang said...

sedap2 nmpk makanan tu KakChik...

Cik Ina Do Do Cheng said...

makanan sedap orang nya semua pun gojes. suka cik ina tengok cantik semua nya, makanan pun menyelerakan : )

Mama Zharfan said...

tq KC for the info :) :)

JunAina said...

mesti cuba bulan depan...:)

Unknown said...

Kampung Pandan sebuah restoran disahkan Halal di bandar Ho Chi Minh yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional

Asia dan roti canai segar. Chef utama adalah Malaysia
Lebih maklumat: www.kampungpandan.com
address: 53 Thu Khoa Huan jalan, District 1, Bandar Ho Chi Minh

berharap anda akan datang ke restoran kami apabila anda pergi ke Ho Chi Minh lagi ^^