Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari Cium Mama

Hari ni kita ramai-ramai cium Mama. Kita raikan Mama sebab harini harijadi dia. Teringat kata-kata Ustaz, Allah SWT sangat pengasih lagi pemurah. Sebagai seorang anak, banyak cara kita boleh dapat pahala. Senyum kat mak dapat pahala, ambek berat dan jaga hati mak dapat pahala, Berbakti pada mak dah tentu la ada ganjarannya, kan.

Famili kitorang ni sangat-sangat rapat. Harijadi setiap orang kami ingat. Kalau ada peluang mesti kami  raikan ramai-ramai. 13hb Julai ~ Harijadi Mama .. Ratu Hati Kami. Oleh kerana 13hb tu hari kerja, we decided to celebrate it on 15th .. which is Sunday. Awal tengahari tu ada Kenduri Kesyukuran dan Sambut Puasa kat rumah Mama. Bila tetamu beransur pulang .... masa untuk kami sekeluarga. Yeayy!!

We have a very big family ~ 11 orang adik beradik dari dua orang Mama. Dua-dua Mama kami cinta dan sayang.

Cucu-cucu Opah ~ Sarah Ardinie dan Alif Haqeem

 Anak dan menantu

 Aiman dan Opah

Giliran Haris cium Opah

Menantu dan Menantu Angkat.

Mama kongsi Hari lahir yang sama dengan Jijai. The more the merrier. Yeay!!

Jijai ialah adik angkat kitorang merangkap BIL my sister, KY. 

Birthday Girl .. Haruslah makan bersuap, kannn. Bukan selalu ditreat begini. Hehehe.

Macam-macam gaya .. Macam-macam cerita .. Macam-macam makanan. 

Wat U do .. Wat U do? Pe buat ramai-ramai ni? Laaa .. Main Game rupanya bebudak ni.


Hadiah buat Opah ~ Sponsored by Aisah. Mekaceh, Adik. 

Ayat-ayat cinta dari Anak, Menantu dan Cucu-Cucu buat Mama @ Opah kesayangan. 

Puteri dengan Perutusan Harijadi. 

Lepas makan jangan lupa basuh pinggan. Hahaha ..  kuali periuk belanga pun harus dibereskan oleh kami semua ye. Bila yang berat sama dipikul ..  penat tak rasa. Tu la bestnya 'rewang', kan. All in .. all in .. we had a blast spending quality time together. I love my adik beradik. I love my family. Sayang korang ketat-ketat dan ketat lagi. We must always remember pesan Mama ~ Kena selalu berbaik-baik adik beradik. Jangan bergaduh. Kalau KC susah, KY tolong. Kalau Angah susah, Adik tolong. Bila azimat mama jadi pegangan .. kami adik beradik susah nak berbalah. Alhamdulillah. Ok lah. Sekian sahaja Entry Mengenang Satu Peristiwa di Bulan Julai dimana kami adik beradik sambut Harijadi Mama dan Jijai sama-sama. Mekaseh baca.




14 comments:

Anonymous said...

suka nyer KA tgk wat a happy & loving family u hv kakcik!

pinky said...

selamat hari lahir aunty...=) semoga dimurahkan rezeki, panjang umur dan KC jgk...

Unknown said...

Happy family. 11 adik beradik dr 2mama. Mmg best.......

Happy belated mama...

kasihibu said...

hari lahir mak sya sama dengan hari lahir enpakwe
jadi nya memang kami buat sambutan di kampung
tahun 2010 tak silap jatuh hari raya
lagi lah meriah sambutan hari lahir mereka yang tersayang tu

seronok dapat mengembirakan hati ibu kan?

eelobor said...

hehehe...dah lama la tak cium bonda i. balik raya nie, nak cium puas2 selagi masih berpeluang....

Hidayah said...

meriah..!
happy family..
dan hadiah nye..
WOW..!

:)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. terpancar kegembiraan di wajah mama KC.. semoga beliau terus mendapat keberkatan umur dan diberikan kesihatan yg baik.. semoga keluarga kak cik terus sentiasa berbahagia dan saling syg menyayangi.. seronok sgt tgk..

Lydia Miza said...

seronoknya berkumpul ramai2 raikan mama tersayang

Izan Ishak said...

seronoknya tgk wajah2 gembira setiap sorang family KC bila sambut besday mama... mama KC nmpk sangat awet muda...

SURIA AMANDA said...

seronoknya....

Irfa said...

happy family ;)

Unknown said...

oh...muda lagi mama kakchik ye??
berapa umurnya kakchik??

Azian Elias said...

ALHAMDULILAH.. u like me.. me like u.. family is number one.. family bonding so ketat.. hee...
gaduh2 manja ada lahh...

mamawana said...

kiss kiss mama...nice