Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Gaduh Laki-Bini

Alala .. Tadikan .. tengah-tengah bizi buat kerja, tetiba kawan baik Misz-ella telefon nangis-nangis.  Al-kisahnya dia gaduh dengan laki dia.  Beria-ia dia nangis sampai Misz-ella rasa kalo dekat mesti Misz-ella dah peluk dia kuat-kuat bagi dia lega.

Sebenarnya pada Misz-ella reason dia bergaduh tu kecik sangat.  Benda remeh temeh jer tapi biasala .. kawan Misz-ella ni memang manja dan suka attention laki dia.  Bila husband bizi .. tak dapat penuhi permintaan dia .. maka sentimental gila la dia dan seperti biasa ai la "punching bag" dia. Alolo .. geram kat laki .. bengang kat laki cari ai ye. Tengah manja intan payung gunung meletop *bahagia* langsung tak ingat ai. Notti tau you. Hihihi.

Tapi tak pe .. Hidup macam rantai, saling memerlukan. Lagipun dalam dunia ni memang wujud 'spesis' gitu .. hanya mencari di saat memerlukan. Dont worry my dear .. i sokmo ada untuk you. Kita dah kawan lama, kan.

Puas Misz-ella pujuk .. takmo dia diam. Hurmmm .. nak laki dia pujuk baru OK la tewww. Aku kol laki ko kang baru tau. Manja mengada!! Last-last Misz-ella cakap camni kat dia.  Elolo kawan .. Let me tell you this ~ Dalam dunia ni, gaduh laki-bini gaduh paling banyak sekali terjadi dan paling buang masa sekali. Sebab esok-esok bila kau susah, ko cari dia jugak, kan. Pastu bila dia pujuk-pujuk, ko cair jugak kan, So ko jangan la nak cengeng dan emo sangat eh. Tolong la bukak minda. Jangan emo sangat. Dah-dah pi tel laki mintak maaf tadi suara ko tertinggi. Nanti dia balik, salam mintak maaf. Berdosa siot tinggi suara kat laki. Aku tak nak .. aku tak nak .. aku nak dia yang pujuk aku. Ya Rabbi .. mengada gila kawan Misz-ella ni. Hurmmm .. sukatik la .. up to you. 

Pada Misz-ella la .. unless if you have a strong reason to fight and you yourself are very strong, you dont want your husband anymore, then worth la nak buat perangai degil ke hapa. Tapi kalau setakat emo ko terlebih .. tak yah la panjang-panjang.  Ikatan laki-bini bukan macam ikat tali kasut. Hari ni tak nak, bukak.  Esok dah ok, ikat balik. So, lebih baik tolak ansur. Fikir banyak kali sebelum gaduh. Nak marah tu .. nak emo tu fikir dulu. Kalau rasa ok, gaduh .. kalau rasanya esok-esok kita yang malu then hold dulu marah tu. 

Lain la orang bercinta. Harini ayang, anja, baby. Esok-esok bila dah tak ada hati "baby" tukar jadi "babi". Babai babi .. i dah ada orang lain you. Ahahahaha .. kelakar la budak-budak zaman sekarang.






14 comments:

gadisBunga™ said...

hahahaa!!! entri KC nih berani tapi benerrr!!!

kadang kite (ehem..saya...) nyampah orang yang mengadu itu ini, tapi bila kite nasihat dia buat degil. saya cepat menyirap sikit...

dasar anak sulung kot kan? hihihi~

pena rozie said...

Hahaha.... Memang benar dah bk yg terjadi

kakzie said...

As salam misz ella....ya betul....skali gaduh laki bini byk buang masa....pikir dulu sebelum gaduh...

Uji Hussein said...

Tapi KC, ikatan macam 'tali kasut' tulah yang banyak sekarang ni.Nak, pasang.Tak nak, bukak!
p/s:Nak mengadu manja2 kat KC jugak, boleh? ;)

Kakcik Seroja said...

Hahaha... Komen dak gb buat mak dia ni gelak... Macam sama perangai jeeee.... :)

Unknown said...

Bagi penampor je pompuan gini..hehe(kalau boleh),...

el said...

geram kan lau org bg nasihat xmo dgr..lenkali pi jauh2 nak ngadu domba kat kc hehehe

marina said...

hahaha...betul kan kakchik. setakat benda kecik, x yah la emo lebih2, buat penat jek. rugi air mata tu..hehe..

~ Huda Qamar~ said...

kalau suami t/jwb pada family anak isteri dah besar rahmat. rumah ada mkn minum ada kain baju cukup pun syukur alhamdulillah. jgn harap pasangan sempurna sbb kita pun byk je silap tapi pasangan belum bukak mulut lagi. apa kata senaraikan apa yg kita tak suka pada pasangan & pasangan pun listkan jugak ape yg dia tak suka psl kita. list sape lagi pjg =P

zaman kapel yela nak termanja terlebih mengada sbb masa tu niat nak takel hati psgn kan. dah kawen fikir t/jwb je byk. toksah la harap psgn kita mcm dlm drama/novel sbb manusia yg karang jln hidup dia. ayat romantik manis manjang. sdgkan jalan hidup kita pengarangnya allah. akan ada byk kejutan.

Ratu Hatiku said...

hahaha....betul apa yg KC ckp tu.. yalah benda remeh temeh x perlu nak d perbesarkan...nnt kerana benda2 mcmtu jadi parah lg susah..

Suria Amanda said...

i pun selalu dijadikan punching bag...bosan,..tp nak wat cane..x dgr kang kawan..

ibuhebat said...

Bagus nasihat misz-ella.. :)

CT said...

hahhahaha...babai babi

TS said...

weee....i'll take it as an advice...
timba ilmu dr yg berpengalaman...hiks