Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Misz-ella & Double C

First of all, Misz-ella nak ucapkan Selamat Minggu Baru pada readers semua.  Minggu ni ada cuti tengah-tengah, Misz-ella sukaaaa .. harap-harap u olls pun suka .. Misz-ella paling suka kalau ada 'break' tengah-tengah. Nikmatnya bila dapat melarikan diri sekejap dari kesesakan jalanraya yang tiada belas tiada simpati pada orang yang tiada Driver macam Misz-ella ni. Hihihi

Secondly, Misz-ella nak lahirkan rasa bangga pada orang Melayu kita zaman sekarang ni yang dah mula membuka mata tentang pentingnya menjaga kesihatan diri. Berbanding dengan hampir 20 tahun dulu, amalan makan Vitamin untuk kesihatan hanya dipelopori oleh Masyarakat berbangsa Cina. Tapi sekarang Alhamdulillah ... kesedaran orang Melayu kita tentang pentingnya menjaga kesihatan dah semakin meningkat. Studio-studio aerobik tak lagi dipenuhi oleh orang-orang muda tapi yang dah 40an *mcm i .. hihi*, 50an baik yang surirumahtangga mahupun yang bekerja. Suka lah Misz-ella tengok tahap kesedaran orang Melayu tentang pentingnya menjaga kesihatan sekarang ni. 

Tragedi hari Sabtu ~ Misz-ella OFF dat day. Tapi Off di offis tak bermakna i bole goyang kaki. I have a lot of task to be done so keluar tengahari balik malam jugak Misz-ella akhirnya. Tak pe. As long as we are happy .... as long as apa yang kita buat dengan niat yang baik .. Allah SWT permudahkan semua urusan. Walau harus drive ke sini sana, dalam kepala kena fikir jalan mana nak ambik .. sampai destinasi harus pusing-pusing cari parking i still OK. Alhamdulillah.

Minum petang rumah KY, my sista ~ Air Soya Bercollagen, Bubur Jagung Mama dan Putu Bambu Misz-ella beli.

Meh kawan-kawan Misz-ella nak stori ni. Since bulan 11 Misz-ella sudah Ber 'colla-colla' and i'm happy with it. Pure Marine Seaweed Collagen yang Misz-ella ambik betul-betul berkesan menegangkan, mencerah dan meratakan warna kulit dan membaikpulih tahap kesihatan.  Alhamdullillah. Kita berusaha tapi terjadinya ia dengan izin Dia. So jangan lupa baca Bismillah dan Selawat sebelum minum ye.

Sebenarnya, after 1 month Misz-ella ambil Seaweed Collagen ... I have added Vit C in my daily intake.  Alkisahnya, kawan Misz-ella Doktor. Dia rekomen Vit C yang dia jual instead of makan Vit C organik re-pack yang Misz-ella makan sebelum ni. Kalau dah jadi tablet Kc, apa guna organik tu lagi? Dah tak relevan, sebab semua sayuran dan buah-buahan organik hanya relevan jika dimakan mentah tapi bila dah ditablet kan, perkataan organic hanya tinggal nama .. khasiat organiknya dah tak ada. Hmmm .. betul gak eh. As usual, i suka support bisnes kawan-kawan. So Misz-ella beli la satu dan mula makan mengikut arahan. After a week Misz-ella perasan selsema susah nak lekat.  Kalau haritu bangun pagi tekak ada rasa tak best, minum air je terus baik. Tak berpanjangan. Misz-ella hepi sebab Misz-ella tak suka selsema sebab bila selsema, hidung gatal-gatal sampai kulit hidung mengelupas, mata berair pastu terus kena batuk. Silap-silap demam terus. Tak syok, kan. Disamping tu, what i realised is otot-otot muka dan kulit yang dah pejal, cerah, 'moist' dan menganjal dengan pengambilan Pure Marine Seaweed Collagen menjadi semakin "bright shine like a diamond" bila diganding dengan Vit C together. Suka la Misz-ella tengok kulit muka dan anggota badan makin berseri. Paling best, daya ketahanan diri melawan penyakit Selsema semakin meningkat.  Alhamdulillah .. Misz-ella dah lama tak kena demam dan selsema.  Sehat itu yang kita cari, cantik itu bonus. Betul tak kawan-kawan?

So, al-kisahnya inilah Rutin harian Misz-ella sekarang ni. Pagi minum Air Ber collagen sebelum sarapan dan sebijik Vit C 1000mg selepas sarapan.

Dan akhirnya .. setelah mendapat khasiat dari pengambilan "Double C ~ Collagen dan Vit C", Misz-ella setuju untuk jual Vit C ni dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang.  Misz-ella ni kalau mahal tak sampai hati nak jual kat readers tau .. sebab Misz-ella anggap pembaca blog Misz-ella macam kawan-kawan. So dengan ini, Misz-ella jual Vit C 1000mg/100tabs ni dengan harga RM70 sahaja. Boleh makan 3 bulan 10 hari ye kawan-kawan. Vit C yang Misz-ella jual ni ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada 'Safety seal' lagi. So basically its about RM20/sebulan untuk kesihatan kulit yang lebih optimum. Kalau dicampur dengan Pure Marine Collagen tu, baru RM40/sebulan. Kulit tegang, cerah, anjal dan berseri .. Selsema pun tak senang jangkit lagi. Nak tak korang? Nak tak? Hanya RM70 untuk 30 pelanggan pertama. Email Misz-ella at kakchik_ella@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan detail pembayaran ye. Misz-ella akan jawab selaju mungkin dan dengan senang hati. Hihihi.

Ramai kawan Misz-ella cakap diaorang suka tengok kulit Misz-ella tanpa sebarang mekap instead of yang dah diconteng tu. Alaaa ... Misz-ella biasa-biasa je .. tak la lawa mana pun so mekap atau tidak, biasa je pada Misz-ella. Misz-ella bersyukur je pada Allah SWT sebab diberi kesihatan yang baik. Dengan kesihatan yang baik, Misz-ella dapat beribadah kepada Nya dan menyumbang pada keluarga. Dengan kesihatan yang baik, dapat la Misz-ella menulis hari-hari untuk korang semua di Blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Yeayy!!!! Ehhh .. got to go lah. Nanti kita cerita lagi. Apa-apa hal e-mail kita eh. Bye. Tq baca.

17 comments:

faraherda.razalan said...

Amboi, KC da mcm anak dara rupanya. Heee~

Unknown said...

manisnya KC.. hehehe..suka tengok KC senyum..

hazira said...

saya ada jual pure marine seaweed tu .harga gred aa 25.00 dan gred aaa 28.00 (200 grm include postage )kalau nak leh contact kat no 0193283509 .

Mooniqueen said...

Ye la for age mcm KC ni, mmg naMpak muke muda je... Rupanya inilah rahasianya ye...

JunAina said...

Aina makan jugak PMC tapi sejak sebulan nih langsung tak leh nak telan tengok pun rasa tak sanggup...cepat2lah masa berlalu...:)

-Sara- said...

mcm anak dara! hihikk

azievee said...

Mmg jeles tengok kulit Kak Cik Cam kulit anak dara...sy baru berjinak2 dengan vitamin c...hehehe

Mak lagenda said...

mak pun ada beli Vit C..tp..tp..tp..vit C tu menepek atas almari je. Thihi..

Reena Kamarudin said...

jeles dengan kulit akak. akak memang cantik :)

Misz-ella said...

mak teruna, faraherda.razalan. hihihi.

Misz-ella said...

tq Rai. Anugerah Allah SWT. Alhamdulillah.

Misz-ella said...

Ye Mooniqueen. Hanya dia Vitamin ni je yang Kc amalkan. tiada yg lain lagi.

Misz-ella said...

knp Kak Jun? tetiba hilang selera ye?

Misz-ella said...

ishhhhh .. jgn la Sara. Kc da 'blushing' ni. hihihi.

Misz-ella said...

Alhamdulillah azievee dah mula mkn Vit C. Kc doakan azievee ye. Amin.

Misz-ella said...

ala mak .. berseri la almari tu tk lama lagi. hihihi.

Misz-ella said...

Alhamdulillah Rina. Baik buruk tiap kejadian itu adalah kerana Dia. Dari Dia. Kerana Kun Fa Ya Kun itu Dia pemiliknya. Kc bersyukur.