Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rindu Abah

Aku sebenarnya rindu Arwah Abah. Saat duduk berseorangan, teringatkan dia menitis airmata. Arwah Abah yang peramah, Abah yang periang, Abah yang penyayang. I am proud to have him as my "Abah". Arwah Abah are gifted with loads of love. Dia sentiasa senang dengan semua orang. Dia tak pernah lokek menyapa sesiapa sahaja. Arwah Abah sentiasa tak mahu menyusahkan orang dan sentiasa mahu menyenangkan hati orang di sekelilingnya.

Sambutan HariJadi Abah masa Hari Raya Tahun yang lepas ~ antara Raya kami yang paling meriah. Siapa sangka .. itu Raya Terakhir kami dengan dia.  

 Arwah Abah masa muda sangat suka bercerita. Cerita tentang pengalamannya ke luar negara, cerita tentang Felda-Felda yang dilawatinya semasa berniaga.  Kalau balik kampung, selalunya kami lewat tidur sebab terlalu leka berbual. Arwah Abah suka melayan cucu-cucunya. Pantang cucu-cucu mengajak 'Tok Ayah' ke sini sana, "OK" je jawapannya. Semakin meningkat usia, pergerakan Abah semakin terbatas. Abah diserang 'stroke' yang membuatkan tuturkata abah jadi kurang jelas, langkah abah dah tak gagah. Tapi itu tak menghalang Abah dari terus menjaga ukhuwah sesama insan. Dengan keterbatasan yang ada, Abah tetap berusaha kunjung mengunjung sesama saudara jika mendapat jemputan. Abah tak pernah hampakan harapan orang lain terhadapnya. Abah tak pernah bersangka buruk terhadap orang-orang disekelilingnya.  Arwah Abah terlalu istimewa dihati kami dan orang-orang yang mengenalinya.

Buat Mama Tiri saya Mama Ida .. Mama adalah antara Anugerah Terindah dalam hidup kami. Moga benih kasih sayang yang disemai Arwah Abah antara kita kekal abadi sampai hujung nyawa. Buat Abah, Kakchik mahu jadi sekuat Abah, sepositif Abah, segigih Abah, mempunyai semangat juang yang tinggi seperti Abah, mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang dan disenangi ramai seperti Abah. Abah lah Idola Kakchik. Moga Arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

13 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah...

Sedihnya baca entri ni, ayah saya pun dah takda...

jeBateja said...

Semoga rohnya di cucuri rahmat...untung dapat mama tiri yg baik...ayah saya dulu...mama tiri dia mcm dlm filem...

azieazah said...

Selalunya orang yang baik dan sangat kita sayangi, akan diambilNYA pergi. Itu tempat terbaik baginya, lalu kita harus terus menjadi anak terbaiknya...

L said...

semoga abah akak berada di dalam golongan yg beriman.. amin...

jom singgah baca.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2013/01/allah-maha-penyayang.html

Dzasc Skachers said...

setiap yang bernyawa pasti merasai mati :)

salam kenal :
http://moral4all.blogspot.com/

Dzasc Skachers said...

setiap yang bernyawa pasti merasai mati :)

salam kenal :
http://moral4all.blogspot.com/

Dayang Deno said...

al-fatihah....

ibuintan said...

alfatihah untuk abah kakchik... akak pun rindu dgn arwah mak dan abah akak.. moga roh2 mereka yg kita sayangi tenang di alam sana

Mama Zharfan said...

al-fatihah

saya pun rindukan arwah ayah...:(

Chot said...

Al-Fatihah..
Doakan arwah byk2 ye..
Berpasir jgk mata baca entry ni :(
..moga di tempatkan dikalangan orang beriman..semoga bertemu disyurga..aaamiin.

Anonymous said...


tahun 2012 juga merupakan hari raya terakhir kami bersama ..memori indah tetap terpahat di ingatan.

al fatihah buat arwah abah kita berdua

Mak Wardah said...

Al-Fatihah untuk arwah Abah, Kak Chik n rasanya kc mewarisi sikap arwah....

TS said...

moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...