Pembaca setia Blog Misz-ella ni memang tau lah sangat yang Misz-ella ni suka sangat memasak. Padahal Misz-ella masak bukan sedap sangat pun .. Ok-Ok je. Ramai lagi orang 'terror' masak kat luar sana. Sentuh je jadi. Sentuh je siap. Sentuh je sedap. Fuhhh .. Kagum oke dengan orang macam ni.
Watever .. sedap tak sedap belakang kira yang penting my famili suka. Seperti biasa, Aiman dari sekolah rendah ada 'attitude' tak suka makan kat Kantin sekolah. Makanya menyediakan bekal ke sekolah adalah salah satu dari Skop Kerja Misz-ella pagi-pagi. Kalau pagi tu Misz-ella tak sempat masakkan dia bekal, sanggup stop kat 7-E untuk beli roti. Sanggup Aiman makan Roti Bun dari makan kat kantin eh. Aimannn .. Aimann.
Cara-cara membuat Roti Sosej Cheese yang 'melting' ni :- Sapu kiri kanan roti dengan butter atau margerin .. letak sekeping Cheese *i use Cheesdale* lepas tu letak pulak Sosej yang dah digaringkan dengan sedikit minyak. Potong kecik-kecik sosej tu. Pastu lapik balik dengan roti, potong kiri kanan roti, potong 4 roti dan celup dengan telur dan goreng kering atas kuali leper. Buh minyak sikit-sikit jer atau guna "Non Stick Pan". Rumah Misz-ella tak da "Non Stick Pan" tu .. Misz-ella guna kuali cap Kuda Belang jer. Haha.
Eeee .. sememeh. Mana tak sememeh .. orang guna kuali leper, Misz-ella guna kuali biasa. Camana tah kuali leper Misz-ella boleh berkarat. Padahal sudah diguna sejak awal perkahwinan lagi. Sudah mintak pencenkah kau wahai kuali? Kalau korang ingat, resepi ni dah pernah keluar di Blog ni dulu tapi without sosej, Misz-ella 'deep fried' roti dengan cheese sahaja. Idea untuk menambah Sosej adalah Sumbangan dari Blog Cath, rakan blogger Misz-ella yang manisss sangat tu. Tapi Cath buh Smoked Slice Chicken, Misz-ella buh apa yang ada dalam peti ais jer .. which is Sosej. Boleh la kan .. laju jer Aiman makan .. 4 keping roti habis kat dia. Alhamdulillah. So korang .. Jom ler cuba.
10 comments:
meleleh el tgk ok huh hahaha
Tu kalau masuk mulut kakcik, sekali ngap je tu... :)
sedap ni Kc...pnh mkn...buat tak pnh...kihkihkih....
sedapnyer kc!
aduh.. petang2 ni keroncong pulak perut bila tgk melting cheeze tu :)
slurpppp!sure sedap tuuu!makan panas2 lg best:))
alahaiiii sedappp kalo di makan panas2. saya suka letak sardin aje
emmm.... yummy!!!
nyum..nyum...
ohhhoooiiii...mcm dh teraa2 kt bibir dah ni...hiks
Post a Comment