Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Maharaja Lawak Mega 2016

Hello peminat-peminat Maharaja Lawak Mega ..

Bersiap sedia lah untuk gelak besar. Kerana Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 akan kembali lagi untuk mengeletek hati anda.

Mulai 29hb Januari 2016 setiap Jumaat pada jam 10 malam, sila tekan remote channel Astro anda ke saluran 132 atau 134. MLM is back for a good laugh.


Masih mengekalkan Dato' AC Mizal sebagai pengacara, MLM bakal mengeletek hati kita semua dengan 15 peserta dari 3 negara iaitu dari Malaysia, Indonesia dan Singapure.


Antara  nama-nama besar yang bakal bertanding di MLM 2016 adalah Kumpulan Bocey, Joras, LOL, Bos, Awok dan Bora. Dua peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay turut tersenarai. Kesemua mereka bakal membuatkan kita gelak besar dengan persembahan tahun ini bertemakan 'Perisik' atau 'Spy'.  Siapalah Juara yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.00 tu ye? 

So peminat-peminat MLM, apa lagi, set your appointment with your TV every Friday, 10:00pm starting from 29th January 2016. Get ready for a big laugh! Laughing is the best therapy, ok.


0 comments: