Thursday, November 24, 2011

Jangan selalu dongak ke atas

Tadi borak dengan kawan. Tentang seorang kawan. Di penghujung borak, kita buat kesimpulan. 
"Jangan selalu mendongak ke atas, nanti tersungkur di bumi sendiri". 

Tuhan tak menjanjikan hidup kita ini indah selamanya. Kata-kata yang bersifat mendongak  dan 'up' diri ~ "Aku lah yang paling hebat, paling bagus, paling perfect, punya suami paling baik, famili paling bahagia dari yang orang lain" .. haruslah dielakkan dalam hidup kita kerana hidup ini ada pasang surut nya. Walau cuma setitik wujudnya sifat bongkak, angkuh dan takbur dalam hati ... maka Tuhan tidak akan perkenankan doa-doa kita. Dalam hidup, berpijaklah di bumi nyata.


Takdir Tuhan kita tak boleh lawan. Akhirnya .. Hilang sudah yang manis dan indah. Yang tinggal hanyalah kehidupan yang suram kurang warna. Mana pegi kata-kata yang digemburkan dahulu? Salah siapa? Haihh .. Ini pengajaran buat kita-kita juga.


BTW, My Nasik Lemak Kerang breakfast is so delicious. What about U?






18 comments:

Fara said...

...jgn mendongak sgt. Kang salah urat, padan muka. Heheheheh.

Saya sarap mihun grg tadi. Tapi lesunya skg nie, Tuhan aje yg tau. Aduh!

Innanie | Ariffin said...

setuju tu kak. sebab ramai orang yang lupa bahawa hidup macam roda. bila-bila masa boleh pusing di bawah

kakcik said...

Biarlah kita besederhanan dalam segala hal, agar kalau terseliuh pun , kesakitannya tidak begitu dirasa. :)

Kakcik sarapan nasi goreng tapi mengambil masa lebih 2 jam untuk dihabiskan kerana tiada tumpuan. ;-)

Tina Othman said...

uih takutnya, ada sikit perasaan tu pun doa tak termakbul, inikan pulak klu banyak

sedapnya nasi lemak kerang tu, lama tak makan

bujal X said...

cakap tak pandang ke depan~~he~~

PUTUBAMBU said...

akak..betul kata2 dlm entry akak ni..
suka kita baca..
boleh muhasabah diri...

org yg sering mendongak ke langit ni org yg biasanya tak reti bersyukur kak..

dia rasa sempurna je segalanya..

anyway, kita pun b.fast nasi lemak gak.. tapi nasi lemak telur matalah.. alhamdulillah..kenyang gak.

nyanyisunyi said...

insyallah ella..
bila kerap memandang ke bawah kita akan lebih bersyukur dgn nikmat yg Allah beri..

p/s kdg2 pelik dgn sorg kwn ni..bila ceta kisah2 bersamamu di tv3 dia tk penah nk tenguk..sebab dia asik mendongak ke atas je..

arini akak goreng makaroni..dah tkde idea nk masak apa pg2 ni..

Daddylicious said...

sekarang ni kalau terlalu mendongak sangat boleh penuh dgn air hujan tahu...hehe

gedek! said...

kalau jalan menunduk, nanti terhantuk!

~Ku Mahu Itu ~ said...

Ada kala kita perlukan masa utk bersendiri, Ada masa airmata kawan sejati kita, kala gembira dan kala sedih.. Dia sentiasa meneman kita

el said...

ni nasi yg beli kt nasi budget tu ke kc...sedap npk

My Little Diary said...

sapa lah kita utk melawan takdir tuhan..

eliyaezlinalias said...

minta dijauhkan sifat bongkak itu..
p/s: sya blom sarapan lagi neh haaaa...huhuh

p/s no.2: kc sya masih blom dapat emel quotation tuuuuu..(*_*)

Mama Kyra said...

betul tu KC..idup ni cm roda..ade msnya kita kt atas..ade msnya kita kt bawah..

diana said...

sambal kerang kegemaran kita tu kakchik...
ada pulak petai kan??
kakchik makan petai tak??:p

diana said...

sambal kerang kegemaran kita tu kakchik...
ada pulak petai kan??
kakchik makan petai tak??:p

kakchik@ella said...

kita tak makan petai, jering dan yg seangkatan dgnnya, diana ku syg. Hihi.

Mama Kembar 3 said...

agreed! orang riak slalu rugi hehe