Monday, April 30, 2012

Battleship Movie Outing

Hari minggu aku .. penuh berderet aktiviti dari pagi sampai ke tengah malam. Dari beraerobik menjaga kesihatan, pastu jadi Bibik @ Ibu kejut anak kejut laki bangun pagi, pastu gi Majlis Renjis-renjis di Pilis*auwwww .. lawo  pengantin* .. menonton wayang bersama teman sampai la ke melipat kain sambil menonton Sinetron Indo pada jam 12 malam. And i'm working today .. bukan cuti seperti sesetengah orang ye tapi sedang membanting jari dan akal fikiran demi sesuap nasi famili kecik kami. Tak pe. Tak pe. Yang penting hepi. 

Muka bosan menunggu yang lain-lain bersiap. 

Jangan tenyeh mata anda sebab Si Gedik ber fotoan syok sendiri ini memang Misz-ella. Dan rambut gulung-gulung itu sebab saya baru habis berkenduri-kendara meraikan perkahwinan si Blogger Popular. Nanti kita cerita ye.

Alalalala .. Teacher Cantik yang dari hari Rabu mengajak kita menonton bersama. Hanya Ahad petang bisa ku penuhi permintaanmu. Antara "Battleship dan Avengers" ... yang mana satu?

Akhirnya Battleship pilihan kami kerana kehabisan tempat duduk untuk filem "Avengers SuperHero" itu. Rakyat Malaysia bab-bab menghabiskan duit ni nombor satu, kan*termasuk la aku* Hahaha. Tapi zaman sekarang ni jer .. masa kita kecik dulu mana penah tonton wayang, kan. Beli CD cetak rompak pun tak merasa ... hihihi. Battleship is a very nice movie walaupun at the beginning agak blur-blur sikit. Yang paling cekap menangkap cerita ni Si Aiman*dia memang suka main Game tu* Serius cerita ni memang best and Rihanna is so cute!! Tak rugi u ols spend duit watching this movie.

Diaorang semua order ni.

Dan hanya ini untukku.

Habis movie dah dekat 10 malam. Ada hal kami ke Setia Alam .. pastu ke Meru .. pastu baru balik ke SU. Jangan ingat kita gedebuk terus tuju tilam sebab pas mandi-mandi kita sambung buat kerja melipat kain bertimbun lagi. Dekat 1 pagi baru boleh tidur dan tidurku ala-ala 'Sleeping Beauty'. Sungguh lena sampai dikejutkan oleh Azan Subuh dari suara merdu si Tukang Azan*rumah depan Masjid*. Syukur .. masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Masih bisa menyumbang sesuatu untuk kesayangan. Masih boleh senyum pada mereka-mereka walau hati terluka. Alhamdulillah. Amin.

9 comments:

deno said...

bile tengok gambar makanan, rasa nak makan sekali lagi la kak

miloais milo said...

walawehhhhhhh!~ keni rojes - terliur!

kakchik - padat tu jaduah
tak penat kah??? :o

Rai said...

uuu..gojesnya ayam tu KC...

Filla ~ Kasihs said...

menyesal bukak blog kakchik nie.. dah lah tengah laparrr kenny rogers lah pulak!! huhu

Alin Marlini said...

wahh..makan kenny rogers..tak aci..nak jugakkk

Kancilbiru said...

perghhh terliur...

btw, teacher cantik tu mmg cantik la kak :)

Peri PiA said...

yum2 KR :)

Pia suke The Avengers

Mak Lagenda said...

Apsal la gambo makanan besau2 gedabak kat sini KC?? Haihhh..nangis mak tgk makanan ni tau..

P/s: Al maklum ler..bila mak dah jd pesakit berkolestrol tinggi nih, semua nak kena pantang. Tp Mak ni, pantang tengok! caner tuh?? Agagaga..

Azian Elias said...

dah lama tak tgk movie.. macam nak tgk besok.. tapi sure sesak mesak..