Sessi Lepas Rindu

Wednesday, April 25, 2012

Beberapa hari sebelum Ahad, my sister Kak Yang (KY) ajak buat "Pot Luck Gathering" kat rumah mama.  Molek sangat la tu. Macam tau je dengan kehendak hatiku yang rindu sangat pada famili. So, i sms everyone and tunggu reply. Alop jauh kat Taiping, Aishah kat Kuching .. so kita on je dengan yang lain-lain. Dok congak-congak .. dok fikir-fikir last-last buat keputusan nak bawak Daging Masak Merah dan Kueh Kasturi.

Tapi kan .. Meehoon Goreng lebihan sarapan pagi ada juga dalam Beg besar terlebih muatan saya. Hehehe.

Daging Masak Merah

Dah buh dalam "Tupperware" ~ Ready to mom's

Sempat jugak buat Kueh Kasturi atau Kueh Kacang Hijau di pagi yang sama. Bayangkan camna saya bersilat berkung fu bertai chi kat dapur sorang-sorang .. Hehehe.

Angah bawak Salad Crunchy

KY bawak Ayam Masak Tauchu. Ayam Masak Tauchu? Suka-suka dia cipta resepi sendiri. Tapi sedaps gila dia masak. Pasni kita cuba ye.

Ikan Pacu Goreng ni Angah yang bawak.


Laksa dari Jai dan Sarina ~ Adik angkat kitorang yang rumahnya atas rumah Mama.

Fresh Mango Juice yang dikisar sendiri oleh Angah ~ Meleleh siot tengok titisan air dingin kat bekas tu. 


Bittersweet dessert by my sister KY. Makin panjang "Resume KY" di dapur ye.
Dia dah pandai buat Redvelvet Cake, Butter Cake, Pizza dan macam-macam lagi. Kita jelessss sebab kita pandai makan je. Hehehe.

Apam Polkadot ni beli dari rakan blogger kesayangan, MDT. KC rindu awak, MDT.

Sehari sebelum tu ialah Harijadi Kak Ngah. Dah beramai-ramai ni, marilah kita raikan bersama. 

Happy Birthday To You Kak Ngah (My Sister In Law). Moga sentiasa ceria .. moga kekal bahagia selama-lamanya.. Fuhhh ..fuhh .. fuhhh*sib baik tak tempias* Hehehe.

Alalalala .. Sarah Ardinie buat muka comel. Sayang my other angel Puteri The Princess tak ada. Rindu gila kat budak comel tu. Kiranya misi Melepaskan Rindu dengan kesayangan ni tak berjaya la ye .. sebab ada yang tak ada. Masing-masing busy .. nak buat camna?





You Might Also Like

23 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail